Lirik Lagu Ada Cinta oleh Acha Septriasa dan Irwansyah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, June 19, 2011

Lirik Lagu Ada Cinta oleh Acha Septriasa dan Irwansyah

Lirik Lagu Ada Cinta Oleh Acha Septriasa dan Irwansyah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari ni kan, aku kan, malu gak la nak letak lagu memorabilia aku ni kat blog. Hehehe. #blushing

Tapikan, nak letak jugak! Blog sapa ni? Blog aku kan? So aku punya sukalah kan? Kih3. Bak kata pepatah orang abad ke 50, my blog my rules! Yeahhh!!! (Bayangkan Bandi Amuk yang sebut baru real. Heee)

Ada Cinta Oleh Acha Septriasa dan Irwansyah. 

lirik lagu, Ada Cinta, lirik ada cinta, lirik lagu ada cinta, acha septriasa, irwansyah

Ucapkanlah kasih satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab kumeragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta padahal ia ada
Dalam rinai hujan dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa
Dalam rindu dendam hening malam
Cinta terasa ada

Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab kumeragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta padahal ia ada
Dalam rinai hujan dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa
Dalam rindu dendam hening malam
Cinta terasa ada

---

Sekali lagi aku berjiwangan hari ni. Lagu ni macam sesuai je untuk semua orang kan? Mesti semua orang pun pernah melalui kisah macam dalam lagu Ada Cinta ni. Muja? Opkos la termasuk. Lagu ni popular gilak masa aku muda-muda dulu. Masa tu filem Heart tengah meletup-letup. Dah macam Gunung Merapi kat Indonesia dah. Siyes. Kalau tak caya, google la. Google. Heee

Disebabkan lagu-lagu dalam filem ni best, semua aku hafal. Kalaulah dapat hafal fakta biologi macam hafal lagu, A+ tu celah jari je. Ada Cinta, My Heart, Pencinta Wanita, Berdua Lebih baik, semua aku hafallah senang citer sebab fanatik melampau walaupun masa tu aku tak tengok pun lagi cerita My Heart tu. Agagaga. :P

Cerita tu tak penting sangatlah bagi aku. Yang penting lagu tu sedap, sesuai ngan telinga aku nih. Aku jenis lebih minat kat lagu banding dengan cerita. Dah bertahun lepas filem tu keluar, barulah aku berpeluang tengok. Tu pun sebab ada kat Astro. Tengok masa dah basi. -_-

Actually, ada cerita yang buat lagu Ada Cinta ni bermakna sangat bagi aku. Eh, aku malu ni. Siyes. Nak cerita pun segan. Tapi aku kuatkan jugak semangat sebab nak gak bagitahu yang uols tak tahu dan tak nak tahu ni.

Sebenarnya, aku pernah nyanyi duet lagu ni dengan orang yang memang affected aku sejak aku kenal dia sampai la sekarang. Mula-mula, aku duet dengan senior perempuan ni. Then, lepas aku dah nyanyi part Acha tu, suara lelaki sesat mula nyanyi part Irwansyah. Perghhh! Siyes, terkejut beruk aku!

Jahat benau Kak M buat rancangan kenakan aku ye. Senyap-senyap dia bagi mic kat lelaki tu. Aduhh! Malu giloww. Siyes. Dah malu pun, aku sambung je bila sampai part Acha tuh. Tak tahu malu lak aku rasa. Dah la semua prefects ada masa tu. Cis. Sangat tak behave, tapi tulah bila benda yang kita memang nak tiba-tiba berlaku, takkanlah nak hancur leburkan peluang macam tu je kan?

Cessss, bekap diri sendiri pulak. Lepas tu, tak masal gak kalau pakai purdah setahun dua bulan tanggung malu. Hahahaha.

Ps- Kepada someone yang tak mungkin suka cerita aku nih, this is all in the past. Just luang masa lapang je ni. Huhuuu



No comments:

Post a Comment