Mujadafewa dan Lirik: Lirik Lagu Putus Oleh Melda Ahmad - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, June 25, 2011

Mujadafewa dan Lirik: Lirik Lagu Putus Oleh Melda Ahmad



ASSALAAMUALAIKUMUSSALAAM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH



ok. hari ni, muja nak cerita kat korang pasal lagu Putus oleh Melda Ahmad. mula-mula muja dengar lagu ni adalah time muja tengah blogwalking. then, muja terjumpa dengan blog surie cruise. alooh. best pula lagu kat blog dia nih. so macam biasa, muja pun mula la nak menghafalnya. kalaulah muja boleh hafal Quran macam hafal lagi best T_T

lagu ni muja nak dedicate kat semua wanita yang dicurangi oleh bf or husband or both. sesapa jela yang rasa lagu ni sesuai untuk diri mereka. insya ALLAH, kalau hayati betul-betul lirik lagu Putus oleh Melda Ahmad ni, kita akan mendapat kekuatan yang kita inginkan. Eceyh.

-----------------------------------------------------------

PUTUS by Melda Ahmad



aku duduk sendirian di kamarku
menangis sendirian kerna mu
kau tinggalkan aku kau cari yang lain 
tergamakmu merobek hati ku

aku duduk sendirian di kamarku
menangis kesepian kerna mu
kau tinggalkan aku kau cari yang lain
tergamakmu merobek hati ku

tapi setelah kau pergi
aku mendapat lebih baik darimu
dia hargai aku dia sayangi aku
lebih daripada mu

aku ingin kau tau betapa kugembira
tidak lagi ku bersamamu
namun pastinya nanti kau akan sedari
yang kau perlu cintaku
yang kau perlu cintaku,,,,

------------------------------------------------

bleh dgr kt cini

patah tumbuh hilang berganti bukan? walaupun muja akui yang patah takkan sama dengan yang berganti, maybe yang berganti itu is actually better than yang hilang. mana kita tahu. ada hikmah di sebalik setiap kejadian. yakinlah dengan Yang Satu. berdoalah padaNya agar diberikan kita pasangan yang saling melengkapi, saling menyayangi. doa itulah senjata orang Islam. :D

bila muja dengar lagu Putus oleh Melda Ahmad ni, muja kini yakin yang kita sebenarnya tak perlu nak bersedih kalau setakat clash dengan boyfriend. buang karan je. kita sepatunya bersyukur sebab ALLAH dah tunjukkan awal kat kita yang dia tak sesuai ngan kita. alhamdulillah kita terselamat daripada kehidupan yang pastinya huru-hara kalau kita ditakdirkan bernikah dengannya.



one thing about kekasih, kalau dia betul-betul sayang, dia akan berusaha untuk menghalalkan hubungan, bukannya meleret-leretkan hubungan yang tak de tapak kukuhnya. kalaulah kita ditakdirkan berkahwin dengan orang yang salah, bercerai berai, nauzubillah. moga tak terjadi dalam perhubungan kita nanti. amiin.

kalau ada pengganti yang kita pasti sayang kat kita, menunjukkan kesungguhan dengan berjumpa ibu bapa kita, mintak kita cara baik, muja cadangkan terima sahaja. cinta akan datang kemudian. insya ALLAH. kalau tak caya, gi tanya Yuyu Zulaikha camne dia ngan tunang dia. 

bayangkan pula kalau time kita dah hubby hensem, anak comel, terjumpa dengan playboy itu, dia confirm jelez. hubby kita dah boleh pegang kulit yang selama ini haram baginya. cium dahi yang selama ini dihalang untuk dia. itulah sangat dendam terlerai. kita balas dengan menunjukkan betapa kita bahagia tanpa dia. mission accomplished!

the conclusion is, Allah know the best for us. percayalah ada yang lebih baik menanti jika ditakdirkan kita kehilangan orang yang kita paling sayang. senyum. stop weeping. stop crying. kita kena cantik sentiasa dan bersedia untuk orang yang tengah tungguh kita dia satu sudut kecil di bumi ALLAH ini. mana tahu kita terserempak kat mana-mana. drama sangat. hehe

Ya ALLAH YA TUHANKU
KURNIAKANKU SUAMI YANG MEMBAWAKU MELALUI JALAN KEBENARAN
JALAN KEBENARAN MENUJU KENIKMATAN SYURGAMU
AMIIN.

2 comments: