hackers bleh jalan!!! grr!!!! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, September 19, 2011

hackers bleh jalan!!! grr!!!!

ASSALAAMUALAIKUM.... AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM,,


Cara-Cara Penggodam Menembusi Kata Laluan

 Dictionary Attack

Mereka menggunakan kata-kata dalam kamus dan mengkombinasikannya dengan angka-angka atau karakter.

 Brute Force Attack

Mereka cuba membuat semua kombinasi mulai daripada aaaa sampai zzzz . sehinggalah beberapa karakter . Sememangnya mereka cukup gigih !
  Personal Information Attack

Mereka akan memasukkan data-data peribadi seperti nombor telefon , tarikh lahir , nama teman , kod post dan sebagainya.


Jenis-Jenis Kata Laluan Yang Lemah

  Kata laluan yang tersaangat lah lemah adalah seperti 123456789 , 000000 , 123456 , asdfg , qwerty , asdf . Ini kerana , ia akan memudahkan penggodam untuk mendapatkan kombinasi ini pada password korang tuu . 

  Menggunakan kesemua dengan huruf kecil .

  Menggunakan kombinasi kata dan angka misalnya cinta9 , mika92 .

Menggantikan huruf dengan karakter , misalnya s@y@ng . 


Dah tahu semua tuh kan ? So apa lagi ! Cepat pergi tukar password yang sesusah sesumpah cepatt !! Errr hehe~ Now , Lyssa nak bagi tips ciket untuk elakkan dicerobohi penggodam . 

Tips Elak Dicerobohi Penggodam 

 Kata Laluan Daripada Kombinasi Alphanumberic dan Karakter
Wajib ni ! Buat kata laluan korang dengan menggunakan kombinasi alphanumberic dan karakter seperti"><,?/;}]! atau cari kata laluan yang selamat yang ada di Internet seperti pctools.com . Ada software menggodam yang menggunakan kaedah brute force untuk meneka kombinasi username dan kata laluan . Ada juga di antara kita dengan menggunakan nama penuh , enam digit awalan dalam mykad , tarikh lahir seseorang atau perkataan popular sebagai kata laluan . 

 Elakkan memberitahu maklumat peribadi
Dalam akaun Facebook , dinasihatkan agar korang tidak memberitahu maklumat diri korang dengan terlalu terperinci . Cukup sekadar nama dan alamat emel.

  Kerap Tukar Kata Laluan @ Password
Kadang-kala penggodam memang sudah memasuki facebook korang , jadi korang perlu mengambil tindakan dengan menukar password secara kerap kalinya bagi menyukarkan penggodam ini daripada memasuki kembali akaun korang dan menggodamnya .  Pastikan password korang tu  kuat / "srtong" ! << Wajib ni 



SUMBER

No comments:

Post a Comment