bila hati mahu bercinta by USTAZ CINTA.. < 3 < 3 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, October 19, 2011

bila hati mahu bercinta by USTAZ CINTA.. < 3 < 3

assalaamualaikum w.b.t. ahlan wasahlan wa marhaban bikum. :D

best and both thumbs up je muja boleh cakap untuk program bersama-sama 
Ustaz Ahmad Ubaidillah bin Alias @ Ustaz Cinta bertajuk 

BILA HATI MAHU BERCINTA..


beliau banyak bagitau kitorang erti cinta yang sebenar,,
  • cara memilih pasangan (berdasarkan apa)
  • ciri-ciri pasangan yang baik (antaranya orang yang subur)
  • disertakan hadis2 and ayat-ayat Quran yang berkaitan dengan perkahwinan
  • hubungan yang halal di sisi agama (termasuk antara lelaki dan perempuan tapi dengan cara yang betul iaitu melalu perkahwinan)
  • hubungan yang haram di sisi agama (rasa minat kt artis yang dizahirkan termasuk dalam yg haram )

ade gak beliau sebut istilah
L B G T.. iaitu LESBIAN, BISEXUAL, TRANSEXUAL,(G muja lupa,, hehe,, sorry..)

beliau juga ade menerangkan persepsi masyarakat setempat yang selalu salah anggap kat 
lelaki yang baik sama laki and 
perempuan yang baik sama pompuan. 
terus dicop homosexual,, yang herannya.. 
lelaki ngan pmpuan baik punya pegang2, raba2, gelak2, boleh lak cakp 'biasa la tu,,' 
kejadah nya ni??

muja tertarik ngan 2 cerita yang beliau sempat ceritakan

cerita pertama:
seorang lelaki tersedar dia telah memakan sebiji epal yang tidak tahu kepunyaan siapa yang ditemui hanyut di dalam sungai. dia menyusur sungai itu lalu menjumpai pemilik kebun epal lalu meminta dihalalkan buah epal yang dimakannya. pemilik kebun epal itu menyuruhnya bekerja di situ. dye bersetuju. pemilik kebun memerhati dan sangat menyukai lelaki tersebut. tidak lama kemudian, pemilik kebun meminta lelaki tersebut mengahwini anaknya yang buta, pekak, dah bisu, barulah dye mahu menghalalkan epal. lelaki itu bersetuju,,
ternyata pada hari perkahwinannya, seorang wanita yang amat cntik berada di dalam biliknya. dye memberitahu bapa mertua nya,, ternyata wanita itu bisu kerana tidak pernah bercakap benda yang sia-sia, wanita itu buta kerana tidak pernah melihat kemaksiatan, wanita itu pekak kerana tidak mendengar benda tidak berfaedah. hasil perkahwinan mereka, maka lahirlah ketua wali kite,, (versi muja,, maybe tak tepat.. tapi kandungannye ala2 cmni la jugak,,)

cerita kedua:
kisah memendam cinta (secret admirer,, hehe). seorang ahli sufi ni,, dia cintakan seorang perempuan yang baik tapi tidak pernah melafazkan cintanya. sehinggalah perempuan itu menerima lamaran daripada orang lain. selepas dipinang barulah perempuan itu tahu maka dihantarnya sepucuk surat meminta ahli sufi tersebut datang ke rumah untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. ahli sufi tersebut menolak permintaan tersebut kerana beliau tidak mahu membeli atas dagangan orang lain (meminang orang yang sudah menjadi tunangan orang.. haram.) maka, kedua-dua mereka memutuskan untuk tidak berkahwin sehinggalah wanita tersebut meninggal dunia. pada satu ketika, ahli sufi bermimpi didatangi wanita tersebut yang menyatakan dia menunggu kedatangan ahli sufi di alam sana... < 3 < 3 inilah dikatakan CINTA SAMPAI SYURGA,,

banyak lagi sebenarnya ilmu yang muja perolehi daripada program bersama-sama Ustaz Cinta ni.. 
tapi,, tak tercoret di sini,,
tapi my beloved readers,, korang boleh baca blog Ustaz Cinta ni,, banyak benda menarik dan kemusykilan tentang percintaan dan perkahwinan ada di sini


tu jela kot yang muja boleh kongsi pasal
'BILA HATI MAHU BERCINTA'

DAA...

 

1 comment:

  1. Aq suke cite ustaz tu... hahahaha..aq penah dgr dulu..5 star.. haha

    ReplyDelete