Macam Mana Muja Cari Idea Tulis Blog (Part 1) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, October 23, 2011

Macam Mana Muja Cari Idea Tulis Blog (Part 1)

Assalaamualaikum w.b.t. ahlan wasahlan wa marhaban bikum. :D

Hye you all. Ni entah entry ke berapa Muja untuk hari ini. Muja punya blog. Muja punya suka la nak tulis berapa kali pun kan. Jangan marah haa. Kah3

Muja nak berkongsi dengan korang macam mana Muja cari idea untuk tulis entry di saat-saat writer's mental block menyerang. Sebenarnya ada banyak cara nak cari idea untuk tulis blog. Kalau korang tahu cara dan modus operandi nak dapatkan idea, mesti korang tak cakap dah macam ni:

'Tak de idea la nak tulis blog. Malas tulis'
'Tulis pun bukan ada orang baca. Malas tulis'
'Nak tulis apa? Tak de yang menarik. Malas tulis'

Yang ni pula versi Muja
'I am having writer's mental block so malas tulis' -_-'

Stop Giving Excuses and Try These!!!

cari idea tulis blog, macam mana tulis blog, tulis blog, idea tulis blog


Banyakkan Blogwalking Atau Menyinggah Di Blog Orang Lain

Apabila melawat blog orang lain, cuba dapatkan inspirasi daripada apa yang mereka tulis. Jangan copypaste sewenangnya. Korang boleh tulis topik yang sama dari sudut pandangan yang berbeza. Sudut pandangan diri korang. 

Jangan jadi muka tembok dan tak tahu malu nak copypaste tanpa keizinan atau tidak diberikan backlink. Yang paling teruk apabila ada yang berani mengaku dia yang tulis sendiri. Jangan! Tak pasal-pasal dapat dosa kering. Mahu?

Tengok Rancangan Televisyen

Tengok rancangan televisyen pada saat kekeringan idea adalah sangat baik. Berkesan sekali! Sebagai contoh, apabila Muja tengok Totally Spies, terus Muja tulis entry pasal cerita kartun tu. Dulu Muja tengok cerita Conan, pun Muja tulis jugak. 

Dari rancangan ni korang boleh komen bagus ke tak rancangan tu, pengajaran yang boleh kita dapatkan, dan lakonan mereka baik ke tak. Kalau korang rasa nak yang lagi berinformasi pun boleh. Korang boleh tengok berita dan menambah pengetahuan. Boleh tulis isu semasa lagi power blog korang! :D

Baca Majalah Berinformasi Bersesuaian Dengan Blog

Antara majalah yang bagus untuk menjadi inspirasi penulisan blog korang adalah Mastika, Remaja, dan Cleo. Sebagai contoh, semalam Muja baca Mastika. Terjumpa kata-kata hikmat. Muja tulis dalam blog. Kalau boleh tulis benda-benda yang berfaedah secara berpanjangan sebab tulisan kita ini juga akan menjadi harta peninggalan kita suatu hari nanti.

Ingat! Kena bagitahu sumber dari mana kita dapatkannya. Jangan buat macam harta sendiri. Tahu salin je, buat cara salin je. Jangan mengaku harta orang lain kita yang punya. Tak baik.

Peristiwa Yang Berlaku Sepanjang Hari

Kalau korang jenis menulis pada waktu malam, korang boleh jadikan penulisan di blog korang sebagai satu medium untuk korang muhasabah diri. Menjadi peringatan untuk korang. Korang boleh tulis perjalanan hidup korang yang terjadi sepanjang hari. 

Adakah anda sudah menjadi lebih baik dari semalam? Adakah amalan untuk bekalan akhirat yang korang buat? Ada tak membantu sesama Muslim pada hari itu. Pastikan entry muhasabah diri ini menunjukkan peningkatan hari demi hari. 

Sertai Aktiviti-Aktiviti Yang Blogger Jalankan

Ni cara yang paling senang dan sangat berfaedah. Daripada biarkan blog bersawang, korang boleh gunakan masa yang terluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para blogger. Biasanya blogger di Malaysia suka anjurkan giveaway atau contest

Jangan malu jangan segan untuk sertai. Sambil update blog sambil meluaskan jaringan di internet. Untung-untung dapat hadiah. Memang tak da alasan untuk korang tak buat cara ini. Cara ini pastinya cara yang paling baik dan paling berfaedah.

Nak lebih cara? Boleh baca di - Macam Mana Muja Cari Idea Tulis Blog (Part 2)
Wassalaam.

7 comments:

  1. bila update entry ikut isu semasa, boleh dapat view banyakkk..berdasarkan pencarian dari mr.google...sronok.haha

    ReplyDelete
  2. oh macam tu rupanya baru ana tau hehe

    ReplyDelete
  3. @onlajer ni cara blogger picisan je,, kalau blogger hot dia guna cara lain la kot,, kih3

    ReplyDelete
  4. Slm muja best3 mohon share tkasih (:

    ReplyDelete
  5. tips yg power... terima kasih.

    ReplyDelete