Macam Mana Muja Cari Idea Tulis Blog (Part 2) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, October 23, 2011

Macam Mana Muja Cari Idea Tulis Blog (Part 2)

Assalaamualaikum w.b.t. ahlan wasahlan wa marhaban bikum. :D

Sambungan daripada Macam Mana Muja Cari Idea Tulis Blog Part 1.

cari idea tulis blog, mentol, brain

Banyakkan Tekan New Post


Apahal pulak kau ni Muja? Sebelum korang tanya banyak benda yang tak perlu, korang cuba dulu cara ini. Bagi Muja, apabila Muja tekan je New Post dan nampak ruang untuk menulis, dengan automatik dan drastik, idea akan datang mencurah-curah. Sedar tak sedar, siap satu entry. Macam entry ni la jugak. Tak cuba tak tahu. Dah cuba nanti barulah tak berhenti tangan korang menaip.

Lihat Iklan Di Televisyen


Iklan pun boleh bagi idea! Apabila iklan yang kita tengok berkaitan dengan kehidupan kita, entry yang kita tulis yang diinspirasikan daripada iklan itu akan jadi lebih berkualiti sebab kita sendiri mempunyai pengalaman peribadi mengenainya. Idea dari iklan ditambah dengan pengalaman sendiri yang unik pastinya akan menghasilkan hasil penulisan yang hebat. Percayalah! :D

Tengok Gambar-gambar Lama


Tengok gambar-gambar lama juga boleh bantu korang cari idea untuk tulis blog. Medium blogging baru je kita ceburi, tetapi kenangan yang kita punya adalah dari saat kita lahir. Jadi apa salahnya kalau kita tengok balik gambar lama sambil mengimbau kenangan manis zaman muda dan coretkan pengalaman itu di blog kita. Tambah-tambah lagi kalau kenangan tu jenis yang memang jarang berlaku kat orang lain. Haaa. Lagi istimewa!

Dengar Radio Untuk Tulis Entry Di Blog


Kalau korang nak tulis blog tetapi idea tak datang, Muja cadangkan dengarlah radio. Kenapa? Sebab di radio kita boleh dengan banyak lagu terutamanya lagu yang tengah popular. Selain itu, ada juga informasi semasa yang disiarkan melalui radio. Lirik lagu yang tengah popular selalu dicari di internet. Jadi inilah peluang korang untuk kejar trafik.

Penyedap Rasa Entry


Kalau Muja, Muja selitkan juga pengalaman sendiri yang berkaitan dengan lagu tu ataupun pengajaran yang kita perolehi. Barulah entry tu menjadi sesuatu yang lebih bermakna walaupun hanyalah entry lirik lagu. 

Sekarang korang dah dapat idea kan? Tahniah! Tadi sebenarnya Muja takde idea. So, Muja tulis la entry ni. Harapnya membantu korang cari idea tulis blog. They work for me and they will work for you too. Wassalaam.

8 comments:

  1. great info, i might use it anytime i run out of idea.. :D

    ReplyDelete
  2. hmm blogwalking, info yg sedikit sbyk leh membantu sy sbgai blogger baru tuk dptkan idea =) thx

    ReplyDelete
  3. Idea tu ada...nak kembangkan tu xde idea....
    Haaaa...cemana tu..hikhik....

    Ehh..selamt berbuka muja....
    :)

    ReplyDelete