pesanan MUJA 2011 kepada MUJA2016,, - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, October 26, 2011

pesanan MUJA 2011 kepada MUJA2016,,

assalaamualaikum w.b.t. ahlan wasahlan wa marhaban bikum. :D

muja,,,

dirimu ini (pada tahun 2011)

ingin menasihatimu,,
sebelum kamu menjadi

guru (pada tahun 2016 dan tahun2 berikutnya),..

  • janganlah kamu mengharap dipostingkan ke tempat yang seakan-akan tempat peranginan,, ingatlah,, dalam Malaysia ni kawasan pedalaman, masih ada sungai yang mungkin akan kamu harungi.. masih ada perahu yang mungkin menjadi 'kereta'mu nanti,, masih ada juga,, tempat yang tak de elektrik and line untuk hp lampu suluhmu,, :D
  • janganlah kamu berhenti membayangkan kehidupanmu pada masa kamu menjadi guru setiap hari supaya kamu boleh membuat persediaan rapi untuk menghadapi segala pahit manis pada masa hadapan,, moga kamu kuat menempuhi segala cabaran itu,,, kehidupan harian pada masa hadapanmu :D
  • janganlah kamu lupa bahawa kamu menjadi guru untu menyebarkan ilmu kepada anak bangsa dan generasi masa hadapan milik negaramu Malaysia yang tercinta ini supaya kamu tidak terpesong dari niat asalmu,, SENTIASA INGAT :D
  • janganlah kamu menjadi guru-24-hari-bulan,, bekerja semata-mata mendapatkan gaji kerana jika ini berlaku,, hanya gajilah yang akan kamu perolehi,, nescaya kamu tidak akan merasai nikmat yang lebih besar iaitu pahala menyebarkan ilmu dan kegembiraan melihat kejayaan para pelajarmu,,, :D
  • janganlah kamu bekerja untuk mengejar populariti,, mengejar nama.. yer,,, banyak pingat,, pangkat yang disediakan untuk menghargai jasa guru,, anggaplah itu hanya sebagai perangsang,, bukan objektif utamamu,, ingat,, objektifmu,, kejayaan para pelajarmu :D
  • janganlah kamu hanya mengejar ranking sekolah paling top semata-mata,, keputusan itu still tidak cukup untuk menentukan kejayaan masa hadapan studentsmu.. ajarlah mereka supaya mereka dapat mengaplikasi ilmu itu dalam kehidupan mereka dan generasi mendatang,,, ajar mereka bukan hanya untuk peperiksaan,, juga untuk kehidupan.. :D
  • janganlah kamu membeza-bezakan para pelajarmu daripada segi kasih-sayangmu (mungkin teknik mengajar perlu berbez kerana kemampuan pelajar itu berbeza),, kerana semua mereka bergantung harap padamu,, INGAT!! albert einstein juga pernah dibenci gurunye and dianggap bodoh,,, (tanpanya tidak lahir formula F=ma)
muja ingat something,, maybe tak accurate,, tapi,,,
bolehla kalau nak dijadikan pengajaran..
rasanya daripada Albert Einstein jugak,,,

'semua orang adalah genius. tetapi jika kamu menilai seekor ikan dengan kebolehannya untuk memanjat pokok, ia akan hidup selama-lamanya mempercayai bahawa ia seekor ikan yang bodoh'

cer suruh dia berenang,, korang pun kalah tau tak,,, :D

renung-renungkanlah,,,

No comments:

Post a Comment