Kalau Pasangan Curang (Kalau Masih Mahukan Dia) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, October 18, 2011

Kalau Pasangan Curang (Kalau Masih Mahukan Dia)

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. :D

Hye3!!! Hari ni Muja nak kongsi pasal tentang apa yang perlu kite lakukan kalau pasangan kite curang tetapi kita masih mahukan dia. ha?? curang??!!! ni cari maut nih! Benda ni muja bagi dua bahagian. so ni adalah bahagian pertama. jangan lupa baca Bahagian Kedua. :D

kalau pasangan curang

PASANGAN CURANG, TAPI AKU MASIH MAHU DIA!

Periksa betul-betul dulu baru boleh keluar dengan konklusi yang 'pasangan aku curang'.

kalau pasangan curang

Manalah tahu pasangan korang tu tidak curang sebenarnya tapi korang sudah salah sangka. Kadang-kadang mata sendiri pun boleh menipu. Kita tak boleh tuduh sebarangan. Bayangkan kalau korang tak periksa betul-betul, lepas tu kita dah clash semasa kebenaran terbongkar. Masa tu kita sudah pun kehilangan orang yang kita sayang. 

Menyesal tak sudah weh. Lalu menangis tak berlagulah kita. Nak ke kalau semuanya berakhir sebab salah kita sendiri? Tambah-tambah lagi kalau pasangan kita itu beragama, baik, ambil berat, hensem lagi. Tak ke rugi???

Periksa Media Sosial Milik Pasangan Korang

kalau pasangan curang, apa nak buat pasangan curang

Langkah ini memang sangat penting! Zaman sekarang ini, media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. Periksa sama ada status korang dengan pasangan korang ada lagi ke tak. Wall dia ada menggedik dengan orang lain ke tak. 

Kalau korang ada password, try akses masuk, pastikan sama ada dorang tukar password tu ke tak. Kalau dah status semuanya hilang, di wall pulak bersayang-sayang dengan orang lain, password dah bertukar. Boleh dikatakan yang semua sudah jelas. Tak perlu dah nak was-was dan pertahankan pasangan korang. Tak perlu nak positif sangat masa-masa genting tu.

Siasat Kenapa Pasangan Kita Curang

kalau pasangan curang, apa perlu buat kalau pasangan curang

Lepas dah tahu memang sah pasangan kita curang, korang kena siasat kenapa pasangan kita curang. Apa kelebihan orang ketiga yang buat pasangan kita curang. Apa yang dia ada yang korang tak ada. Apa yang buat pasangan korang lebih sukakan dia daripada korang. 

Cantik ke dia? Comel ke dia? Seksi? Lawa? Slim? Licin ke muka? Putih ke hitam? Caring? Loving? Gedik? Baik? Tinggi sangat ke? Rumah besar? Kerja ape? Lepas dah tahu semuanya, senang untuk korang rangka strategi untuk memenangi hati pasangan semula.

Refleksi Diri Sendiri Itu Penting

apa nak buat kalau pasangan curang, refleksi diri

Cari tahu apa pula kekurangan yang ada pada kita sebenarnya. Tanya diri sendiri kenapa pasangan kita hilang minat dan sayang berkurangan terhadap kita. Tilik diri sendiri lama-lama. Tanya kawan-kawan apa sifat korang yang buat dorang tak suka korang. 

Senaraikan segala kelemahan. Jangan nak pertahankan diri sendiri semasa refleksi. Sebagai contoh,"Aku tahu aku garang, tapi aku garang bersebab." Cakap camni menunjukkan korang rasa korang perfec dan tak perlu berubah padahal kelemahan ini yang menyebabkan pasangan tidak selesa dengan korang. Manalah tahu..

Baiki Semua Kelemahan Yang Dikesan

refleksi diri, buat kalau curang

Setelah tahu semua kelemahan yang ada, tiada lain yang perlu dilakukan selain memperbaiki semua kelemahan korang. Kalau boleh jadilah seseorang yang lebih baik. Jangan pula yang sudah tidak baik bertambah tidak baik. Takkanlah sebab pasangan tidak suka makan belalang korang kena lupakan makanan kegemaran korang. 

Baiki kelemahan bukanlah mengubah diri sendiri yang sememangnya sudah baik. Harap korang faham. Pendek kata, JANGAN JADI HAMBA CINTA. Kalau pasangan suka ambil berat, korang ambil berat. Kalau korang pemarah, cuba kawal amarah korang. Kalau korang busuk, pakai la minyak wangi sikit.

Peringatan! Minyak wangi digunakan untuk menghilangkan bau busuk, bukan untuk menjadi wangi dan menggoda. Berdosa!

Berhadapan Dengan Pasangan

berhadapan dengan masalah, kalau pasangan curang

Akhir sekali, korang kena juga berhadapan dengan pasangan korang. Mesti! Sebabnya korang perlu tahu sebab sebenar kenapa dorang curang. Ini adalah penyelesaian yang terakhir. Bincang! Tanya sama ada pasangan korang masih sayang atau tidak. Masih mahu meneruskan perhubungan atau tidak. Pada tahap ini, kedua-duanya harus jujur. Bak kata orang putih,"Honesty Is The Best Policy." Berusahalah untuk saling melengkapi dalam memperbaiki hubungan korang. 

------------------------------

Setelah semua langkah sudah diambil dan keadaan masih sama, tiada perubahan, reda adalah jalan yang terakhir. Mungkin semua yang berlaku adalah petunjuk yang korang dengan pasangan korang tu tiada jodoh dan tidak secocok dan pastinya ada orang lain yang lebih baik untuk korang. Redalah. Bersangka baik pada Allah. Dialah sebaik-baik perancang. Wassalaam.

14 comments:

  1. lau da curang btter jgn blk cm dlu.,mybe die akn ulng prkare yg same c0z die tahu cmne keadaan pun kite akn cri die.,juz pendpt.,jgn mrh :)

    ReplyDelete
  2. memang la ade 2 cara,, nak lagi ngan tak nak dah,, sebab tu muja buat 2 entry berlainan,, :D

    ReplyDelete
  3. but muja kalau tanya syg lagi ke x, n still ckp syg tapi still buat prangai dia, cemana pulakk??


    hahaha.

    ReplyDelete
  4. @LIA AZMAN adess,, aku pun pernah alami,, ambik the last resort je,, ceraikan aja dong,, haha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Isteri saya curang terhadap saya. Saya dah ada cukup bukti yg kuat (wechat,blog,saksi,no hp). Tp sekarang ni dia lari pergi ke keluarga dia dan menuduh saya yg curang dan buat report palsu mengatakan saya pukul dia sbb perempuan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalaam. kalau semua bukti dah ada, tidak perlulah encik risau. kebenaran akan terbongkar. insya ALLAH :D

      Delete
  6. Kalau benar pasangan kita tu curang, haruslah selesaikan masalah itu dengan baik. Jika tidak, pasti akan timbul masalah lain. Sebab masing2 ada perasaan ego dalam diri. Lagi satu, kecurangan itu juga boleh timbul antara pasangan disebabkan mulut orang lain. So, siapa yang perlu anda dengar terlebih dahulu? Pasangan anda atau mulut orang lain? Kalau anda di pihak yang benar, just relax saja. Walaupun pasangan anda sudah cukup sempurna, tapi bila sudah curang, anggap saja itu sudah tiada jodoh. Mungkin akan dapat yang lebih baik daripada yang terbaik. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. sekurang-kurangnya seorang kena jadi rational. jangan melulu sangat buat keputusan,, insya ALLAH yang baik akan dapat yang baik,, amiin

      Delete
  7. Pasangan curang? Haha... den ada...

    ReplyDelete
  8. ena ni tak tahulah nak cakap camne. apapun dia buat, ena tetap sayangkan dia. Huuuuuu.. apapun, terima kasih tip ni muja.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang is sayang. kadang-kadang sebab sayang kena lepaskan. akhir sekali, buat benda yang buat kita happy bukan menyesal di kemudian hari. good luck :)

      Delete
  9. Susah nak cakap pasangan curang ni. Tetapi saya boleh bagi tahu, sebaik-baiknya tinggalkan dgn cara baik. Pengalaman saya, saya pernah memperbaiki perhubungan dgn si dia sebanyak 3 kali. Namun kini saya akui. Sekali dia curang, dia akan terus curang dan curang. Walaupun kita amat sayangkan si dia

    ReplyDelete
  10. Kalo die curang smpai kite dh tangkap die DLM bilik dgn pompuan lain..dia masih nk kembali coz curang tu time pass je katanya...padahal kami hari2 berjumpa cuma tak duduk serumah...dia curang dgn tuan rumah yg dia sewa bilik...dh belasah dia tapi masih tak hilang sakit hati coz tiap kali dia akan cakap kite yg dia nak kita yg terbaik tak mungkin dia cari lain tetapi kenapa curang? Padahal die akan mengamuk if kita cakap kite deserved someone better...

    ReplyDelete