Lagu Di Mujadafewa: Lirik Jeritan Batinku Oleh P Ramlee - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 24, 2012

Lagu Di Mujadafewa: Lirik Jeritan Batinku Oleh P Ramlee


ASSALAAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH
AHSAM WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM

wahai cinta. ketahuilah aku juga menderita. jangan kau fikir aku bersuka ria. situasi kita sama. kau sedih aku juga terluka. ketahuilah aku juga tidak bahagia. tanpa kau ada. tapi kita tahu bahawa. kita tetap tidak akan bahagia. walaupun bersama. kita sama-sama sedar kebenarannya sejak sekian lama. tapi kita pertahankan juga. akhirnya kita yang menderita.

wahai cinta. cinta semata-mata tidak cukup untuk kita teruskan semua. untuk kita terus berusaha mencapai impian yang kita lakarkan pada suatu masa. aku bahagia dalam derita. denganmu aku bahagia. tanpamu aku bagai ada dalam tiada. sudah aku katakan aku tidak bisa. bertahan dengan perpisahan walaupun sementara tanpa berita.

wahai cinta. persefahaman kita tiada. hanya cinta semata-mata. benarkah ia benar-benar cinta? apa mungkin mainan perasaan kita sahaja. apa mungkin hanya tarikan biasa. antara lelaki dengan wanita. jujur aku tidak pandai membezakannya. yang aku tahu aku mahu kau ada dengan aku sentiasa. aku mahu tahu kepastian kau selamat sejahtera setiap ketika.

wahai cinta. bukankah cinta dan persefahaman itu hadir bersama-sama? kalau ia ternyata, maka aku telah tersalah jatuh cinta. kerana cinta ini datang berseorangan sahaja. kita tidak akan dapat memahami satu sama lain sampai bila-bila. kau tidak faham aku dan juga sebaliknya. lebih baik kita tamatkan aja. cinta yang sia-sia.

aku cinta kamu!!!
aku sayang kamu!!!
aku rindu kamu!!!
aku perlu kamu!!!
aku nak kamu!!!

LIRIK LAGU JERITAN BATINKU BY ALLAHYARHAM P RAMLEE


dengar
oh jeritan batinku
memekik mekik
memanggil manggil
namamu selalu

sehari rasa sebulan
hatiku tiada tertahan
kupandang kiri
kupandang kanan
dikau tiada

risau
batinku menangis risau
makin kau jauh
makin hatiku
bertambah kacau

mengapa kita berpisah
tak sanggup menahan asmara
oh dengarlah
jeritan batinku


3 comments: