musim cuti = musim berkhatan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, November 27, 2011

musim cuti = musim berkhatan

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

lepas frust tengok bola malaysia vs bahrain kat tv1,,, alih channel ke tv3 plak,,, tengok supernatural yang hebat tapi entahapahapa tu,,, masa iklan pulak nampak ally iskandar dengan pengacara ntah name ape cakap pasal esok ade program berkhatan besar-besaran melibatkan 166 orang budak lelaki yang nak berkhatan,, hebat kan???

see?? musim cuti ni la people amik masa untuk melakukan proses berkhatan,,, normal la kat malaysia kan,,
ade gak muja dengar non-muslim pun dah berkhatan sekarang lepas tahu kebaikan dan kebersihan dalam ISLAM,,, moga-moga dorang terbuka hati untuk memeluk Islam,, insya Allah,, ataupun dorang rase tercabar dengan kawan-kawan Islam mereka yang berani berkhatan,, mereka nak buktikan mereka juga boleh,, hehe

Hukum Khatan
Dalam fikih Islam, hukum khatan berbeza antara untuk lelaki dan perempuan. Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum khatan baik untuk lelaki maupun perempuan.
Hukum khatan untuk lelaki:
Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi'i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.
Hukum Khatan untuk perempuan
Hukum khatan bagi perempuan telah menjadi perbincangan para ulama. Sebahagian mengatakan itu sunnah dan sebahagian mengatakan itu suatu keutamaan saja dan tidak ada yang mengatakan wajib.
Faedah khatan:
  • membuang anggota tubuh yang yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap. 
  • Air kencing mengandung semua unsur tersebut. 
  • Ketika keluar melewati kulit yang menutupi alat kelamin, maka endapan kotoran sebagian tertahan oleh kulit tersebut. 
  • Semakin lama endapan tersebut semakin banyak. 
  • Bayangkan berapa lama seseorang melakukan kencing dalam sehari dan berapa banyak endapan yang disimpan oleh kulit penutup kelamin dalam setahun. 
  • Oleh karenanya beberapa penelitian perubatan membuktikan bahwa penderita penyakit kelamin lebih banyak dari kelangan yang tidak dikhatan. 
  • Begitu juga penderita penyakit berbahaya seperti AIDS, Barah alat kelamin dan bahkan Barah rahim juga lebih banyak diderita oleh pasangan yang tidak dikhatan. 
  • Ini juga yang menjadi salah satu alasan masyarakat non muslim di Eropa dan AS melakukan khatan.
 

No comments:

Post a Comment