pengumuman daripada encik google,, PENTING KENA TAU KALAU NAK BLOG ANDA SELAMAT!!! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, November 27, 2011

pengumuman daripada encik google,, PENTING KENA TAU KALAU NAK BLOG ANDA SELAMAT!!!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua pada hari ini? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihta dan sejahtera hendaknya di samping yang tersayang,InsyaAllah.
Pakcik GOOGLE


Pada 11 November 2011,Pakcik Google melalui orang kuatnya telah melakukan suatu pengumuman yang penting,mungkin akan mengejutkan[tak kot] beberapa pihak yang berkaitan. Berikut adalah pengumuman dari  mereka:

Google Friend Connect


 "Google Friend Connect—Friend Connect allows webmasters to add social features to their sites by embedding a few snippets of code. We're retiring the service for all non-Blogger sites on March 1, 2012. We encourage affected sites to create a Google+ page and place a Google+ badge on their site so they can bring their community of followers to Google+ and use new features like Circles and Hangouts to keep in touch."

Lebih kurang begitulah pengumuman daripada mereka. Kepada pemegang laman web yang bukan dari Blogger,tetapi mengunakanGoogle Friend Connect sebagai penjana rakan, ucapkan selamat tinggal kepada aplikasi itu menjelang 1 Mac 2012. Alasan dari pihak Google,kerana ia membenarkan webmaster sesuatu site untuk menambah beberapa kod yang tidak sepatutnya ada kepada aplikasi itu.

Sebagai alternatif,pihak Google memperkenalkan Google+ Pagesebagai ganti kepada Google Friend Connect untuk mereka yang ingin mencari rakan dan pengikut. Daripada Google+ Page tersebut anda boleh dapatkan Google+ Badge untuk ditampalkan pada website anda,seterusnya memakai platform tersebut sebagai pelan mencari pengikut setia website anda.

Kepada yang memakai platform Blogger,anda semua masih boleh menggunakan aplikasi itu setelah 1 Mac 2012. Namun sebagai langkah berjaga-jaga,anda dinasihatkan juga untuk membentuk Google+ Pagedan Google+ Badge anda,bimbang perubahan yang lebih besar akan berlaku.

Contoh Google+ Badge

Diharapkan maklumat ini sedia memberi pengetahuan kepada anda akan apa yang akan berlaku selepas ini.Sebagai rujukan dan kepastian anda boleh lihat pada laman web ini:
http://googleblog.blogspot.com/2011/11/more-spring-cleaning-out-of-season.html
http://googlesystem.blogspot.com/2011/11/google-closes-knol-friend-connect-and.html

Selamat Mencuba Google+.


Wassalam


~Just be a MR SIMPLE

[P/S: Agaknya memang Google saja buat macam ni sebab nak promote produk Google+ dia kot]



 

2 comments:

  1. selamat tu selamat dari segi followers,ingat tau...hahahaXD

    ReplyDelete