Sunday, December 18, 2011

cara sujud yang betul.. PENTING!


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

hye. muja sekarang rase cam solat tak sempurna. korang mesti pernah gak rase camni kan. rase resah gelisah je kalau tak tau. dan muja rase muja patut find out semua cara yang betol untuk solat. now, it is the time for SUJUD plak. like seriously, muja rase sujud is very important kerana muja pernah dengar,

KETIKA SUJUDLAH ALLAH PALING DEKAT DENGAN HAMBANYA.

yes. time ni la jugak lebey afdhal kite menyatakan hajat kite. doa kite dalam hati. terutamanya sujud terakhir sebelum tahiyat terakhir. berlama-lamalah untuk sujud yang terakhir pada setiap solat. mintak sebanyak-banyaknya sebab ALLAH sangat menyukai hamba yang meminta daripadaNYA. insya ALLAH, kite akan dapat yang kite hajati or kite dapat yang better lagi daripada itu tapi kita kena tau, cara solat boys are different from the girls k,, :D

Sujud di atas 7 anggota

Masih ramai umat Islam yang sujudnya tidak betul atau tidak memenuhi kehendak rukun sujud. Jika kita ke masjid atau di mana-mana tempat solat didapati terdapat mereka yang tidak bersujud dengan betul, lebih-lebih lagi pada kedudukan jari kaki mereka. Tidak kira usia tua atau muda kesalahan ini masih berlaku.Berhati-hatilah  dengan rukun-rukun solat kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun rupanya tidak sah dan tidak diterima pahalanya oleh Allah akibat kejahilan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang dengan betul. 

Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh masjid atau di mana jua. Jangan kita hanya belajar melalui "ikut-ikut" atau "tengok-tengok" sedangkan orang yang kita "ikut" itu belum tentu betul caranya. Bergurulah dengan mereka yang alim dan janganlah kita lebih rela menghabiskan masa menonton rancangan hiburan daripada belajar Agama di masjid. "Sesungguhnya penyesalan di akhirat nanti  tidak akan berguna".

Sabda Rasulullah SAW: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Sujud yang sempurna mestilah dilakukan dengan 7 anggota. dalam mazhab syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

Kedudukan hujung jari kaki

cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan
melipat hujung jari kaki kita semasa sujud. minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib. bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan

Meletak hidung di tempat sujud

dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. justeru itu, seeloknya kita sujud dalam keadaan meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud. ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

Kedudukan muka ketika sujud 
ada hadis nabi yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud)

Merenggangkan tangan semasa sujud
ada hadis bukhari muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya/rusuknya/lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda
(yang ni memang lebey kepada untuk lelaki.. cube check tempat lain,, takut muja salah,, sebab setau muja,, perempuan kena tutup semua,, even time takbiratul ihram pun,, jari takleh bukak2,, :D)

Mengangkat siku 
ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku

Merapatkan jari semasa sujud
ada hadis al-baihaqiy bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya 

sumber: http://habatussaudamadinah.blogspot.com/2011/02/cara-sujud-dengan-betul.html
Kedudukan jari kaki yang betul ketika sujud

yang ni plak untuk perempuan, penerangan kat atas tu kire lebey umum. so, untuk girlz ni ade perbezaan ckit je yang nak muja highlightkan. perhatikan betol2 tau. :D


nampak tak gambar yang dye lukis anak panah kat siku. itulah perbezaannye. pompuan ni haruslah rapatkan tangan mereka kat rusuk tu. berlainan macam yang ditulis kat atas yang lelaki kena bukakkan tangan kan. sory ayat berbelit. kalau ade kemusykilan boleh tanye kat comment or orang yang lebey arif :D

Saya kat sini nak bgtau kepada sume2 wanita tentang cara sujud yang betol.

Cara sujud yang betol :-
· Dahi mestilah kene kat sejadah.
· Telapak tangan semestinya sentuh sejadah tu. Maksudnya, perempuan kan pakai telekung kan. Bila sujud, mesti tapak tangan tu akan belapis dengan kain telekung. Tapi sebenarnya KULIT TAPAK TANGAN tu kena sentuh kat sejadah.

kalau nak yang lagi yakin,, tanye lah yang mempunyai ilmu k,, muja juz kongsi yang muja jumpe je,, :D

ALLAHU A'LAM
 

8 comments:

  1. terima kasih untuk ilmu yg diberi..ia sgt membantu!! semoga Allah merahmati anda...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ilmu yg diberikan..ia sgt membantu..Semoga Allah merahmati anda!

    ReplyDelete
  3. thanks! ilmu yg sgt berguna & sy mohon share utk kawan2 sy yg lain ye..may Allah swt bless u ;)

    ReplyDelete
  4. thanks! ilmu yg sgt berguna..mohon share ya utk kawan2 sy yg lain..may Allah swt bless u ;)

    ReplyDelete
  5. Sesuatu yang perlu diambil berat boleh semua antara kita, takut2 tersalah kedudukan ketika solat? Satu perkongsian yang perlu diambil perhatian...

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik..kekadang kita jarang nampak kesalahan dalam melakukan solat..

    ReplyDelete

jot down your opinions here.. thank you for reading :)