Lagu di Mujadafewa: Lirik KESETIAAN by SITI SARAH

12/23/2011



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

hye korang, yang sebelum ni muja bagi lirik lagu Seandainya Masih Ada Cinta, yang muja nyanyi time darjah 4, yang ni untuk lagu yang muja nyanyi time darjah 5, bertajuk Kesetiaan

yang ni memang lagi teruk pakaian muja. pakai gaun putih. dah la muja hitam. pastu makeup kemain lagi. bukan muja yang salah k. umi yang salah sebab siap tempah mak andam untuk make up. macam pengantin mat saleh hitam aku time tu. padahal nak nyanyi lagu Kesetiaan je pun. so, korang tetap takleh tengok gambar! muahahahaha!!!!

untuk time darjah 5 pun muja dapat gi sampai peringkat daerah je. tapi bertanding kali ni jauh lebih lagi bermakna sebab family muja sume datang. pakai baju gaun sumenye. datang support muja. wah. terharu. sorry no pic provided. :D 

jom layan lagu best giler nih,, by sarah,,, bertajuk Kesetiaan, nyanyian Siti Sarah. dont try this at home sebab being very loyal SUCKS!!!! loyalty brings pain. seriously. korang bukak je peluang untuk sume orang. then istikharah untuk dapatkan jawapan daripada ALLAH untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. :D

KESETIAAN by SITI SARAH RAISUDDIN


Lirik Lagu Kesetiaan Oleh Siti Sarah Raissudin

Kesetiaan menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin kumelukai

Mendambakan cinta ini
Hanya kekalnya denganmu
Tapi kudrat tak di tanganku

Padamu, kualunkan rinduku
Sayang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampak keangkuhanmu
Kurelai cinta tak suci ini pergi

Kuhayunkan langkah kaki
Meraih cinta yang suci
Moga ada insan yang luhur
Sehati

Segaris nada rindu
Hilang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku

Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampak keangkuhanmu
Diri ini tak kau hargai

Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampak keangkuhanmu
Kuredai cinta tak suci ini pergi...
Jauh...

Cinta lalalalalala.... Kudambakan...
Yang terbaik...

tahun yang lagu Kesetiaan nyanyian penyanyi comel Siti Sarah ni masuk juara lagu, muja berharap sangat lagu tu dapat masuk final Juara Lagu. malangnya, performance Siti Sarah masa separuh akhir tu memang mengecewakan. maybe dia ada technical problems kot. see? muja boleh ingat lagi sebab memang i love this song so much.

Happy to see Siti Sarah dengan Syuib sekarang. bahagia betul dengan anak dorang yang comel lote tu. Kih3

PS- muja lagi suka lagu yang macam ni daripada lagu indie and lagu-lagu zaman sekarang. seakan tak masuk ke dalam jiwa gitu. rindu lagu cenggini. rindu nyanyian Siti Sarah yang best. :'(


You Might Also Like

2 click here, you comment, you are awesome

  1. wow...muja seorang artis.hehehe..mse skolah rndah msuk nasyid n koir je.hehehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.