review OMBAK RINDU punye filem,, (copy paste ajaa,,, hek3) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 03, 2011

review OMBAK RINDU punye filem,, (copy paste ajaa,,, hek3)

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

tadi muja check shoutbox,, then tengok name CUNNDAA,, menarik kan name dye,, menarik hati muja jugak untuk godek2 blog dye,, then,, nampak la entry pasal OMBAK RINDU yang tepi tengah belakan depan hot nye sekarang ni,, kih3,, entry ni muja copy paste je dari blog CUNNDAA << muja memang pemalas,, hehe,, cer godek-godek,, click >>CUNNDAA ni,, btw,, you cun la dear,, hek3

Filem Ombak Rindu adalah di adaptasikan daripada novel OMBAK RINDU hasil karyaFauziah Ashari.
Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Izzah (Maya Karin) merupakan seorang anak yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah?
 Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

btw,, mane lagi cantik
  •  cover filem OMBAK RINDU 
ataupun
  • cover novel OMBAK RINDU
????
ps-mesti kaya dah fauziah ashaari pasni,,, keh3

 

2 comments:

  1. Wahh..siap bg backlink tuk cunndaa lg ye..gracias dear..

    muja lagi cun..=)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. cp pon tak sabar nak tengok citer nih esok.. ^^

    ReplyDelete