entry untuk bakal suami muja. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, January 20, 2012

entry untuk bakal suami muja.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. CLICK TO WIN WEEKLY PRIZES :D

surat romantikku untuk bakal suamiku,,,

hari ni tension giler aku dok baca, dok pkey, pasal kehancuran rumah tangga,, aku generasi baru ni,, diberi contoh-contoh yang tidak baik begini,, sapa tak bengang??? aku bengang tau!!! takut nanti satu saat,,, kehancuran rumahtangga, cerai sana-sini, pengabaian tanggungjawab, kecurangan melanda, menjadi satu perkara biasa pulak,, macam beli ikan kat pasar selising,,,, biasa,,,,, 

padahal benda ni serius ok!!

tolong la,,, sedarla sesiapa yang patut sedar,, tunjuklah contoh yang baik,, takut aku!!! so,, hari ni aku nak tulis entry untuk bakal suami aku,,, kat mana saja dia berada sekarang sama ada di malaysia, amerika, afghanistan atau bosnia,,, harap-harap dia baca,, korang nka baca pun aku tak kisah,, romantik ni,, yang bujang-bujang nak copy paste pun ape ada hal,,, just kena tukar the word MUJA tu je,, kih3

wahai bakal suamiku di mana saja abang berada

jagalah ibadah abang kerana abang akan mengajar muja beribadah nanti..
nanti kita solat jemaah sama-sama.. then lepas solat nak salam and cium tangan,,,
ti kita gi ceramah sama-sama,, muja ni malas sikit,, harap-harap abang orang yang rajin,, hek3
ti boleh la abang tarik tangan gi masjid,, paksa jangan tak paksa k,, kih3
tugas manusia sebenarnya adalah untuk beribadah kepada Allah,,,
nanti di akhirat kelak,,, insya ALLAH kita masuk syurga sambil pegang tangan k abang,,,
mesti romantik and glamour sangat amat lalu 'karpet merah' masuk syurga kan?

wahai bakal suamiku di mana saja abang berada

jagalah pergaulan abang dengan yang bukan mahram abang
muja tak nak BEKAS ORANG... abang pun mesti tak nak muja yang bebas dari segala segi kan?
sangat besar kemungkinan muja menjadi naga tasik chini time muja jelez,, sila WATCH OUT!!!
tapi,, kalau dah nasib muja diduakan dengan ikatan yang sah,,, insya ALLAH
akan muja terima dengan reda kerana muja tau,, ia HALAL dalam agama kita,,

wahai bakal suamiku di mana saja abang berada

jagalah pemakanan abang kerana suami muja kena sentiasa sihat dan cergas
nanti kita boleh gi joging sama2 kan kat padang or taman
kalau muja letih jangan tinggalkan tau,,, sorang-sorang bahaya lak kan,,, 
bestnya nanti dapat buat hobi muja ngan abang!!! :D
hmm,, ape la agak nya hobi abang ye.....

wahai bakal suamiku di mana saja abang berada

harapnya keluarga yang kita bina nanti berbahagia ke akhir hayat kita
sama-samalah kita jalankan tanggungjawab sebaik yang boleh,,
jangan lah kita jadi ibu bapa yang mengabaikan rumah tangga
memporak perandakan masjid yang dibina,,
atas nama cinta,,,

ps- tak tau la entry ni gedik ke berguna,, tapi aku harap bakal suami aku terbaca!! hahaha!!!

2 comments:

  1. ecewah.....gitu..;) amin...... ;)

    ReplyDelete
  2. Gedik betol ko ni... Bukn srk bakal suami ko ke? Hahahaha... Btw, jemput aq mkn bile kawin..haha..

    ReplyDelete