watak dan scene penting novel ombak rindu yang tak de dalam filem ombak rindu :( - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, January 01, 2012

watak dan scene penting novel ombak rindu yang tak de dalam filem ombak rindu :(

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

aku baru balik dari kampung,, yes,, hari ni dapat gak merasa tomyam siam kat kok lanas,, best kemain,, berduit la nanti si pembuat tomyam bila kolej matrikulasi yang besar gedabak tu siap,, alahai,, andainya aku reti masak tomyam,, menyesal hidupku tak belajar masak

then balik gong jering hari jugak best sebab dapat jubah baru,, sepupu dari labuan bagi,, tapi macam warna-warni sangat je,, malu la aku nak pakai nanti,, maybe aku tunggu je ada occasions ke hape,, tapi akhir tahun ni la,, ti dah ada majlis bagai,, majlis kan banyak time akhir tahun,, best wooo!!!! the best part is make-up time lah,, ahaks!!! :P

ok,, time balik gong jering ni jugak aku ngan sepupu aku yang dah goda aku gi makan tomyam bergosip pasal filem ombak rindu tu... aku pun gitau la ombak rindu tu banyak tak masukkan part-part yang penting bagi aku,, BAAAAAAANYAAAAAAAAAAK!!! tu yang aku frust,, aku pun tak tau la part mana yang korang, korang, dan korang nak nangis sangat tu,, seriously, aku tak rasa apa pun,, tak rasa sedih,, tak rasa nak tengok lagi,, tak seperti membaca novelnya yang sangat addictive,, sapa suh tak bagi fauziah ashaari je jadi script writer????

ok,, kat sini,, aku nak list kan watak NOVEL OMBAK RINDU yang tak de dalam FILEM OMBAK RINDU..
  • AZYAN,, kawan izzah before dia kena paksa keje kat kelab malam,, alaa,, yang izzah mintak resepi untuk masak.. then azyan masuk uni,, tapi izzah tak leh masuk,,, lupa ke???
  • ANAK PAK DOLLAH tu,, yang dok kat seremban tu,, nama ape ek,, lupa dah,, yang culik izzah time mak jah majuk tu,,, sorry,, serious muja dah lupa.
  • MENANTU PAK DOLLAH pun tak de... suami pada pak dollah yang dok kat seremban
  • HAZIRAH pun tak de,,, penting ni!!!! hazirah la yang jadi kawan izzah time dye study kat johor,, dye anak tiri kepada datuk sufiah,, satu-satunya anak kandung datuk sufiah! tak rasa penting ke???
  • MAMA HAZIRAH pun tak de,, sorry,, nama watak muja dah lupa,,, madu dato sufiah tu,,,
  • KAWAN SEKERJA izzah,, kan ade yang minat kat izzah sorang,, yang kena pukul dengan orang upahan hariz tu,,,
part-part penting yang tak de dalam FILEM OMBAK RINDU.
  • yang paling muja kesalkan sangat,, part yang hariz bawak izzah gi dinner for the first time,, memang giler punye romantik walaupun hariz garang!!!! kenapa tak letak scene ni???? time tu hariz pakai spek hitam waktu malam, izzah kena makan hati, best woooooo!!!! muja betul-betul frust part ni tak de,, muja frust yang amat sangat!! :(
  • yang kedua part yang hariz first time gelarkan dirinya abang,, o mei!!! nape yang ni pun tak de???? yang ni la first time hariz tunjuk kat izzah yang dia dah mula sayang kat izzah,, dah mula sedar izzah penting dalam hidup dia,, kenapa????? o mei!!!! muja kecewa sangat tengok part tetiba hariz panggil abang just dengan suasana tak romantik cam tu,, :(
  • seterusnya,,, yang part izzah merajuk lepas hariz kawin ngan mila tu,, o mei!!!! hariz terlewat 7 hari tak jumpa izzah time tu,, part tu sweet sangat!!! first time kot izzah merajuk dan hariz memujuk,,, why why why??????? o mei,, nape la yang wat filem ni tak nampak kepentingan part ni??? part ni sangat amat la sweet tau tak???
  • next,, nape tak dinyatakan part yang izzah gi sambung belajar tu,, lama tau tak??? disebabkan tak de yang ni la pelbagai watak lain tak dapat diadakan,,, 3 tahun!!! tup tup izzah dah keje kat pejabat hariz,, di mana kelojikan cerita di situ???? seriously,, muja frust giler,,, :(
sebenarnya banyak lagi scenes lain yang penting yang muja rasa patut ada tapi tak de dalam filem,,,, sungguh disappointing sangat filem ni,, walaupun memang tak dinafikan kehebatannya dalam memikat penonton ke panggung wayang,,, pungutan hangat tapi,, muja still rasa terkilan dengan pembikinannya,, dah la banyak benda-benda pelik yang bloggers sudah detect,, yang baju patut basah jadi kering,, and so on,, disappointing.

seriously,,, bagi muja,,, novel hanya sesuai diadaptasi menjadi drama sebab length dia is longer,, so that that small small details yang penting tak ketinggalan,, tengok citer NORA ELENA,, one suitable example,,, sangat berpuas hati tengok nora elena,,,,, muja frust amat!!! maybe entry ni akan buatkan peminat filem ombak rindu marah ke hape,, tapi muja jujur je,, 

muja hanya peminat NOVEL OMBAK RINDU,,
 tapi sekadar penonton biasa bagi FILEM OMBAK RINDU,,, :(

3 comments:

  1. muja, ni muvi bukn bersiri la. :@ hehe

    ReplyDelete
  2. salam muja.wahh ni mmg ombak rindu lovers la kan,ye lah akak pun prasan byk scene takde..layan juga novel ni dulu..tapi taklah details sgt mcm muja..hehe.. o'owh akak nak bg muja hadiah brooch yg akak buat post aritu..muja inform je nak yg mana satu..pilihlah 2 or 3 biji..special bg present kat muja.Nanti muja sms address muja pada kak mie kat phone orait..sms tau 019-2545593.

    ReplyDelete