kusangkakan 2,, rupanya 3,, apakah CPA??? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, January 25, 2012

kusangkakan 2,, rupanya 3,, apakah CPA???

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. CLICK TO WIN WEEKLY PRIZES :D

hari ni muja dapat respond dari MR NUFFNANG daripada ticket yang muja hantar,,

macam mana cpm ads generate buffered earning


  setelah hampir seminggu jugak muja tunggu respond,, hari ni muja dapat gak hasilnya,,, respond yang muja dapat kali ni dalam bahasa melayu tau,, agak pelik di situ,, maybe sebab muja anta ticket dalam bahasa melayu kot kali ni,, kalau korang nak lebih paham tentang MR NUFFNANG,, korang kena baca sampai habis sebab response dari MR NUFFNANG kali ni agak atau memang panjang,,, tapi sebab muja memang muja nak berjaya dalam menggunakan MR NUFFNANG ni,, kih3.. baca dengan khusyuk dan penuh berhati-hati dan fahami k,... terutama part yang muja bold dan warnakan tu,,, :D

Hi Nur,

Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri daripada 3  jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression).

1) Kempen CPC
Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung.

2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".

3) Kempen CPA

Semua blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA, tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain, setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik, sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog Manager pada dashboard anda.

Melalu iklan CPA pula, anda akan mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50 di atas sesuatu transaksi.

Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA, anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM, pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM, atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian daripada iklan CPC/CPA.


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my


dulu muja ingatkan ada ads CPM dengan CPC je,, ni baru tau pasal CPA,,, aish,, masih tak pro nampaknya muja dalam menggunakan MR NUFFNANG ni,, kih3
 

5 comments:

  1. makin pening..banyaknya..hehhe..sorry la akak nie bengong sikit...hehe..

    ReplyDelete
  2. Hehehe...tingin nk join...tp mls nk pk byk byk...so xjoin lg la wt msa nie...

    ReplyDelete
  3. CPA tu contohnya macam iklan dari milkAdeal, grab a deal ke pape yang ada kat blog kita.kalau klik iklan tu,tak dapat pape pon tapi kalu klik n dia beli barang yang diiklankan tu baru la kita dapat earning tapi setakat ni tkde pon orang bli rsenya dari iklan CPA kat blog arelan tu.hahaha

    ReplyDelete
  4. ella dah remove nuffnang ads dlm blog ella.. hehe.. xpe lah..

    ReplyDelete
  5. owh .. at least ada lar paham ckit2 .. hee~

    ReplyDelete