10 perkara yang merosakkan otak - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, February 27, 2012

10 perkara yang merosakkan otak

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 


haa,,, korang,, dah baca gambar artikel kat atas tu,, hehe,, muja curi dari BLOG AKU ADALAH AKU,, muja tertarik la nak buat entry ni,, tak tau la nape,, adess,, dah BLOGGER IKA dah tanya,, muja jawab la kan,,,
  1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI,, ish,, mana boleh,, muja bangun awal-awal pagi semata-mata nak sarapan pagi kat cafe,, masalahnya,, tukang masak cafe tu yang bangun lambat kot,, 7.30 pagi baru nak bawak keluar segala jenis mee, kuey tiaw, nasi (semua goreng).. hangin jugak la kengkadang,, mak cik! kelas muja dah nak start tau tak????
  2. TERLEBIH MAKAN... err,,, hehe,, mmm,, alamak,, yang ni memang tak leh nak dielakkan,, tapi muja rasa muja macam makan ok-ok aje,, tapi disebabkan kengkawan muja yang rela makan carrot je manjang hari-hari,, rasa macam muja terlebih makan la pulak,, tapi,, ok jela kot,, 3 kali sekali tu normal la kan???
  3. MEROKOK,,, tak mungkin!!!!! perhatian,, suami muja akan dipilih dari kalangan yang tidak merokok sahaja,, harap maklum. tapi nak kata muja tak merokok tak leh jugak,, muja ni kategori passive smoker,,, ye,,, merokok apabila ada orang sekeliling yang memberi carbon monoxide and etc untuk muja.. dok jauh-jauh kat Africa nun boleh tak?????
  4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN.. yang ni rasanya tak lah kot,, tak tau la,, tapi sekarang kan,, lidah muja ni macam over sensitive pun ada,, asyik nak tambah air kosong je dalam air yang muja beli,, manis sangat,, dulu tak de lak camni,, muja jarang amat sangat minum air bergas,, no no no!!! say no to carbonated drinks k students so that korang jadi sehat secergas pintas pintar cam ehem,, me la,, hek3
  5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR,, muja rasa yang ni sapa-sapa pun tak leh elak,, lain la kalau dok kawasan pedalaman,, tambah-tambah muja ni dok kat pengkalan chepa,, kawasan perindustrian,, kena air hujan pun muja dah seram,, tapi,, nak wat camne,,, memang tak leh nak elak pun,,, :(
  6. TIDUR YANG BERLEBIHAN... salu muja tidur kul 10 or 11,, bangun dalam kul 6 to 7.. ok la tu kot,, tak de nye berlebihan,, sikit-sikit time cuti and dok kat umah tu lain la,,, hek3,, kat rumah kot,,,, tak kan la nak disiplin jugak,, ye dak???? isshhh,, i am a hostelian remember,, consider la sikit,,, wekkkk!!!!
  7. TIDUR DENGAN TUTUP MUKA.. yang ni depends kot atas keadaan,, kalau time muja tido tu lampu nyala lagi sebab room mate muja tak tido lagi,, muja tutup muka,, tapi,, mata je,,, tapi bila dah bangun,, aik,, aku rasa aku tidur cara lain kan semalam??? i wonder what happened last night,,,, hmmm
  8. KURANG BERIMAGINASI,, adess,,, tak sempat la nak berimaginasi ni,, keje banyak,, laptop ada,, wifi pun ada,, memang bab imaginasi ni muja kalah kot,, kalau tak,, dah lama blog muja ni femes kan?? hehe
  9. JARANG BERFIKIR,, yang ni muja rasa muja menang,, memang salu kena berfikir,, assignments,,, kelas,, duit,, makan,, elaun,,, kawan,, masalah itu,, problem ni,, idea nak tulis entry,, memang terpaksa berfikir jugak la jawabnya,,, huh.
  10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN,, adesss,,, terpukulnya,, kita sebagai ISLAM,, memang tak de yang tak baca al-Quran,, lain la ISLAM yang hanya pada nama bila dia tak solat,, tapi tulah,, luar solat tu liat sikit,, baca tu baca,, tapi salu tergesa-gesa sebab mengejar yang duniawi ni,,, adess,,, insya ALLAH,, akan diimprove lagi,,, hehe

hah,, korang camne pulak????
 

3 comments:

  1. tq for sharing muja,antara 10 perkara tu ada 2 perkara yg mmg kena kurangkan,terlebih gula dan suka tidur =).. kena berusaha ni

    ReplyDelete
  2. Bgus2... bnyk lgi sebenarnye... muja nnti buat 100 k. hehehe...

    ReplyDelete
  3. fae suka berimaginasi sebelum tido hahahaha

    ReplyDelete