kalau dah tau jangan tanya! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, February 01, 2012

kalau dah tau jangan tanya!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

disebabkan tak de idea tapi gedik jugak nak update,, so,, aku fb walking la jap tadi,, then jumpa benda ni,,

PERTANYAAN...

* Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:
"Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab:
Dgn nada yg lembut " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab:
"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Tak payah jawab:
Peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Anda harus menjawab:
"Bukanlah, nie kan citer ULTRAMAN Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti ULTRAMAN kuar". .

giler sakit hati kalau betul jadi camni,, kih3
 

5 comments:

  1. haha,, buat member bengkek je,,haha

    ReplyDelete
  2. he3 .. kalau ak yang betanya tu confirm panas hati .. kih3 ..

    ReplyDelete
  3. memang bengang la dibuatnya.dah nampak kita tengah buat apa,leh lagi nak tanya.aiyaaa...

    ReplyDelete
  4. soklan biasa yang orang melayu tanya...tu lah dia...peramah sangat...

    ReplyDelete
  5. org yg emo mcm muja je akan jawab mcm tu... lalalala....

    ReplyDelete