sehidup ye,, semati,,, errmmmm - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, February 09, 2012

sehidup ye,, semati,,, errmmmm

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

next puisiku untuk sahabatku,,, tak kira la sapa yang rasa dia sahabat aku,, puisi ini aku tujukan khas untuk dia,, aku harap ramai la yang menerima puisi ini,, kerana puisi ini hadiahku untuk mu,,,

aku sayang sahabatku
dia penyayang aku tahu
aku juga sayang dia jelas itu
sehidup ye,, semati,, errr

aku sayang sahabatku
menarik rambutku di saat aku lalai
menolak-nolak belakangku kala aku lemah gemalai
menendang-nendangku saat kesalahan itu aku pelaku

aku sayang sahabatku
di kala kolam mataku melimpah
mengalirkan nil yang tak henti-henti mengalir
berusaha keras membina empangan
yang kukuh yang tercabar dari hulu ke hilir

aku sayang sahabatku
dulu aku begini dia begitu
kala ini kami bersatu
saling membantu bahu membahu
kami tahu sahabat itu perlu

aku sayang sahabatku
andai kamu pergi dulu
kenangan kita tak mungkin membantu
sentiasa menari di sanubariku
siang malam masa tak tentu


aku sayang sahabatku
andai aku pergi dulu
jangan lupa ziarahi pusaraku
aku mengharap sedekah al-Fatihahmu
yang aku harap sentiasa sayup menderu

hasil karya THE LADY WARRIOR yang sayang sahabatnya
 

3 comments: