pengalaman belajar solat intensif + amali (part 1)- mandi wajib. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, March 18, 2012

pengalaman belajar solat intensif + amali (part 1)- mandi wajib.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

di masjid pasar siti khadijah
solat adalah sentiasa wajib di mana saja anda berada dan dalam keadaan mana sekali pun,, :D

boleh tak korang wajibkan diri sendiri untuk baca entry aku kali ni? sebab ia tersangat amat la pentingnya bagi kita sebagai seorang muslim.

entry yang akan diedit untuk penambahbaikan.

before korang baca entry aku yang ni,, sila bangun kejap,, hadapkan diri korang ke kiblat,,, angkat tangan kanan korang,, letak kat bahagian dada sebelah kanan,, pejamkan mata baca lah al-FATIHAh dengan penuh khusyuk dan rasa rendah diri yang teramat sangat... ulangkan lah ayat 'iyyaakana'budu waiyyaaka nastai'in' beberapa kali so that kita sedar diri yang kita hanya akan menyembah dan meminta pertolongan dari ALLAH SWT.. insya Allah. ini adalah antara pengisian aku hari ini.

pfft!!! yang lagi memalukan,,, aku hantar mesej kat lecturer english description aka grammar,, menanyakan kelas ada ke tak,, then,, adalah kawan aku yang ingatkan aku macam ni, "bukan ke madam kat mekah buat umrah tak balik agi??" aku ni coordinator tak guna betul laaa,, yang lagi tak menahannya,,, tak lama lepas tu,, madam rep,, still kat mekah,, will be back on wednesday,, uwaaaaaa!!!! menjejey air mata malu aku,,, adakah aku diserang nyanyuk di awal usia??? kkkkkkrrrrrr grrrrr..... masuk jamban sumbat kepala dalam lubang jamban baru tau nak sedar barang kali ye,, huh,, ada sape-sape ke nak dermakan kismis?? dapat pahala banyak tau tolong orang yang memerlukan macam aku ni,, hehe :D

hari ni sangat best sebab aku dah menghadiri BENGKEL SOLAT (lupa dah nama dia).. jujur ye,, dalam sejam yang pertama tu aku tidur je,, then,, bila dah bangun memang tak tidur dah,, penceramah yang datang tu sangat best rupanya (lupa dah nama apa).. menyesal aku tido letak kepala atas tempat menyandar kat kerusi plastik tu,, ngeh3,, kenapa la aku sangat tak tau malu??? uncle tu nampak la,,, jelas terang benderang,, aiyoo,, nasib baik la aku tak istidraj sebab ramai je yang tidur,, hehe,, so,, tak dela aku menarik perhatian sangat,, ngeh3

aku panggil uncle la ye kat penceramah tu sebab dye tak rasa dirinya tu ustaz. dye cakap dia hanya menyampaikan (tabligh kalau tak silap) yang diajar dan diamanahkan oleh tok guru dia,, dia pernah gak jadi kaunselor kat sekolah,, pernah amik physiology,,   uncle sebenarnya seorang yang mengamalkan homopati (aku tak reti eja).. then,, uncle mengadakan bengkel untuk bagi solat kita lebih sempurna, menjadikan solat kita membantu dalam menjana kesihatan yang luar biasa,, ayat yang sering diulang oleh uncle

'NIKMAT YANG LUAR BIASA.. :D'

nikmat yang dimaksudkan uncle sangat mendalam maksudnya,, haha,, i loike tol la uncle ni,, kih3,, antara pesanan uncle yang aku ingat adalah,, SPESIFIKkan doa kita,, contohnya,,,

ahmad- abah, nak duit.
abah- senyap.. tak bagi respon.

ahmad- abah, nak duit rm10
abah- nah.

merepek kan permulaannya,, ni nak masuk isi dah,, aku nak bagitau korang cara nak mandi wajib yang lebey afdal,, harap membantu korang sebab aku pun salu rasa syubhah (ragu-ragu) masa mandi wajib,, tak tau nak start ngan apa dan nak akhir dengan apa.
  • masuk toilet terus niat angkat hadas besar. mula-mula nak masuk terus niat so that semua yang kita lakukan akan termasuk dalam mengangkat hadas besar. sila pakai kain basahan. elakkan berbogel kerana tandas itu tempat favourite syaitan yang direjam. sebenarnya amatlah memalukan apabila kita berbogel depan dorang-dorang yang hina dina itu. bagi lelaki cukup la sekadar memakai underwear. bagi wanita pula harus ditutup dari paras dada ke lutut. uncle ada bagi suggestion suh curi je kain sekolah adik yang dia dah tak guna untuk jadikan kain basahan sebab ngam2 dah saiznya dari dada ke lutut..  yang kat bawah ni hanyalah lafaz niat,, yang lebih penting adalah niat yang dalam hati kita tu,, yang memang betul-betul ingin mengangkat hadas besar.

Keluar mani atau keluar haid dan nifas



نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

  • persamaan antara binatang dan manusia adalah mereka kedua-duanya makan, minum, kencing, berak dan tidur. maka, dalam proses mengangkat hadas besar, kencing dan berak dulu. jangan lupa batuk minimum 3 kali so that najis dapan dikeluarkan dengan sempurna,,, jolok sikit ke dalam bagi dubur dan alat wanita, bagi lelaki tekan dari pangkal ke hujung supaya sisa-sisa dari najis dapat keluar dengan sempurna. sebaiknya gunakan tanah liat untuk menyucikan. alternatif tanah liat adalah sabuh taharah, sabun yang berasaskan tanah liat (juga digunakan untuk kecantikan) jolokkan sikit ke dalam dubur..
Pictures of  Sabun Tanah Liat - Eumora 
contoh sabun tanah liat
  • amik wudhuk kecuali kaki (akan dispesifikkan lagi dalam entry yang akan datang insya ALLAH)
  • basuh suma anggota yang lain untuk mengangkat hadas besar. elok mulakan dari bawah ke atas iaitu dari kaki.. gosokkan dan urut sikit kaki untuk merangsang pengaliran darah kerana kaki adalah anggota paling jauh dari jantung. so, kakilah paling susah darah nak sampai. jangan lupa celah-celah jari kaki. dari kaki pula membawa hingga ke kepala mengikut cara jenazah dimandikan kerana roh kita akan ditarik melalui kaki terlebih dahulu. dalam mandi yang biasa juga elok diamalkan memandikan kaki terlebih dahulu.

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.



Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6) 

Bila the word meratakan digunakan dalam konteks mandi, wuduk tidaklah memerlukan air yang banyak untuk disempurnakan. cukup sekadar sedikit air, digosok dan diratakan di bahagian yang perlu tanpa tangan diangkat (air bercerai daripada anggota) untuk mengelakkan status air tersebut bertukar dari air mutlak (air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.) kepada air musta'mal (air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu)

wallahu a'lam,,, sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH yang buruk dan tidak sempurna itu datang dari kelemahan diri aku sendiri sebagai penyampai,,,

ps- kalau ada yang tak betul dan kurang,, do tell me,, and i will edit this article,, kalau ada nak buat penambah baikkan pun boleh la k,, jangan lupa juga rujuk orang yang lebih pakar,, aku hanya berusaha menyampaikan.

7 comments:

  1. Muja,tima kasih kongsi benda camni! ^_^

    #yang jolok dubur tu, hehe, 1st time lana dengar masa lana Form 4. Cikgu BM yang bagitau masa mengajar. hehe

    ReplyDelete
  2. first time baca pasal ni sebab seumur hidup,ustaz sume ajar 2 benda je wajib.niat & ratakan air.hmmm..time kasih muja

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..entry terbaik..tq for sharing dear...

    ReplyDelete
  4. @Tyntha Lana sama2 lana,, sama2lah kita amalkan k :D

    ReplyDelete
  5. hehehe..mesti madam tu senyum2 je time reply tu kan.hehe

    btw thanks sharing pekara2 baik camni dear.

    ramai kot yg masih belum jelas mengenainya..

    ReplyDelete