kaki berkata; muja kenapa awak tidak adil pada saya? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, May 04, 2012

kaki berkata; muja kenapa awak tidak adil pada saya?

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
kalau sayangkan ibu-ibu di dunia ini :D

kali ni aku nak cerita pasal satu comment daripada follower aku yang telah menasihati aku atas kesalahan dalam blog aku nih,, yeah,, aku manusia biasa yang melakukan kesalahan,, harap sangat ALLAH memaafkan kesalahanku,,, pengoment tu mengoment di entry INI.

aku secara tak sengaja telah mengupload gambar yang menampakkan kaki kawan aku,, time tu aku pakai kasut,, aku ingat 2 lagi kawan aku tu pakai stoking,,, aku rasa memang dorang pakai,, tapi dalam gambar maybe nampak macam tak pakai,, aku pun dah lupa,, yang sorang lagi kawan aku tu indian,, so,, aku check la balik entry tu,, and aku dah delete gambar yang aku rasa macam nak nampak kaki,, astaghfirullahalazim,, ampunkan aku ya ALLAH atas kesalahanku,,



kat entry ni jugak aku nak highlight,, aurat wanita bukan sahaja rambut dan seluruh badan,, tapi KAKI jugak adalah aurat yang terlalu sering kita abaikan,, aku selalu bayangkan kaki aku menanyakan aku di akhirat kelak,, apa yang aku jawab jika kaki bertanya:

muja, kenapa awak berlaku tidak adil kepada saya? kenapa rambut, tangan, badan, awak tutup,,, saya awak biarkan saja tanpa penutup,, awak biarkan saja orang bukan muhrim nampak saya? saya ni tak berharga ke bagi awak? adakah saya sebagai kaki tidak penting bagi awak sebab saya dok kat bahagian bawah sekali pada badan awak?

apa aku akan jawab?? apa aku nak cakap?? apa aku nak buat???

 Banner

2 comments:

  1. senyum x perlu kata ape2..

    ReplyDelete
  2. baguslah jika ada yang menegur...kita pun bukan sempurna sangat kan...saya sendiri sedang berusaha menjadi yang baik-baik je..

    ReplyDelete