jumpa umi abah aku kau! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, June 06, 2012

jumpa umi abah aku kau!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
competition mudah. boleh g jepun. tak join rugi :D

Aku Ingin Lamar Kamu 

Ukhty : Saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?
Ukhty : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Ukhty : Awak pintar, awak ada banyak peminat.
Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Ukhty : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Ukhty : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Ukhty : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.
Ukhty : Awak terlalu sempurna.
Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Ukhty : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Ukhty : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta. 

 Banner

3 comments: