rekrut: jadi penyanyi di pagi hari - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, June 23, 2012

rekrut: jadi penyanyi di pagi hari


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.


untuk entry ni aku nak kongsi ngan korang lagu-lagu dan ikrar yang kitorang kena nyanyi time rekrut,,, tiap-tiap pagi ok,, without music,, belajar nyanyi mula-mula dulu pun without music.. yang lagu askar wataniah ni ok lagi,, jurulatih sanggup ajar,, yang tak tahannya part lagu tentera darat,, haram tak de sape yang nak ajar,, geram kot,, nasib baik la ada antara kami ni yang tau nyanyi lagu ni,, kalau tak,, confirm senyap sunyi time nyanyi lagu ni,,, tapi alhamdulillah,, even belajar without music and it is a proud thing for us to be able to sing without any help,, kind of amazing kan... hehehee,,, aku





LAGU NEGARAKU

negaraku
tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup bersatu dan maju
rahmat bahgia Tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta

rahmat bahgia Tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta


LAGU ASKAR WATANIAH

ini satu harapan
dari barisan sukarelawan
penuh semangat dan keyakinan
berdiri sebagai pahlawan

mari muda dan mudi
menyahut seruan pertiwi
tak kira keturunan ataupun bangsa
berkhidmat dengan bangganya

kamilah sukarelawan
juga sukarelawati
kami rela berhadapan
berundur tak sekali-kali

ini azam dan janji
menjadi satu sumpahan kami
taat dan bersedia setiap masa
berkhidmat untuk negara


LAGU TENTERA DARAT

gagah dan setia
tabah dan perkasa
itulah cogan kata
tentera darat Malaysia

gempur gempur wira
maju maju mara
rela berkorban jiwa
untuk negara dan bangsa

hutan rimba lembah desa
memburu musuh durjana
tidak gentar mara bahaya
pantang undur tetap mara

gempur wira bergelora
semangat untuk perwira
jasad mungkin gugur di rimba
kami tetap gagah setia

IKRAR KESATRIA

kami berikrar
pertama, beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadanya
kedua, setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannnya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah
ketiga, memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjungjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera
keempat, mengutamakan pelaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
kelima, menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya

1 comment: