Sunnah Di Waktu Malam - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, November 30, 2012

Sunnah Di Waktu Malam


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

orang zaman dahulu dengan orang zaman sekarang. hidup di zaman berbeza memang berbezakan diorang. mereka di zaman lampau tidak kenal apa itu penat letih berjuang. dengan syaitan yang direjam dan nafsu untuk mendapat keberkatan yang dijulang.

selalunya malam mereka di zaman dahulu dibahagi kepada tiga. sepertiga untuk tidur mengumpul tenaga yang tinggal sisa. sepertiga untuk beribadah dengan penuh khusyuk dan tawadduk kepadaNya. sepertiga lagi pula untuk menuntut ilmu berharga.

qiamullail atau bangun malam itu sangat dituntut agama. kesunyian dan kepekatan malam mendekatkan hamba kepada Yang Maha Esa. maka mengalirlah air mata mengenang dosa-dosa. semoga Allah mengampunkan semuanya tanpa bersisa.

jika terdapat keputusan penting harus segera dibuat. maka bangunlah kita dari tidur yang lena untuk solat sunat. solat sunat istikharah dilakukan sebelum tidur kembali sebanyak dua rakaat. moga keputusan dibuat dengan tepat.

jika tiba-tiba tidur kita terganggu oleh sesuatu yang kita tidak tahu. bangunlah kita meninggalkan tempat kita beradu. segeralah berwudhuk tanpa melengah waktu. solat sunat tahajjud didirikan dengan khusyuk tanpa ragu.

doa itu senjata Muslim yakni kekita yang sedang membaca. waktu malam adalah antara waktu mustajabnya. janganlah dilepaskan masa yang diberi begitu sahaja. moga termakbullah segala permintaan dalam doa hendaknya.

jika kita berasa diri kita ini sudah sangat tidak larat. rasa lemah seluruh badan dan tidak lagi kuat. ada yang cakap dia sakit urat belikat. zikir dan ayat Quran di bibir tiada mudarat atau buat sakit melarat.

 Banner

8 comments:

  1. Ilmu berguna... :)

    www.siezuka.com

    ReplyDelete
  2. Salam. Muja..mana muja dapat ni.. ia nasihat,panduan yang salu kita boleh dpt,tpi yg ni, ia ada lenggok pantun :)

    ReplyDelete
  3. sudah follow...jom follow balik http://flihatoz.blogspot.com/
    btw nice blog ^_^

    ReplyDelete
  4. tp yg tdo kena ggu tu mmg btul la..muja..

    ReplyDelete
  5. @shidaR yup,, pengalaman sendiri la jugak ni,, hehe,, tapi,, pemalas tol muja ni nak buat,, ehehe

    ReplyDelete