aku suke dia sangat-sangat! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, July 24, 2012

aku suke dia sangat-sangat!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
now,, it is not only churp2 giving us money,, blin too!!! how cool is that??? :D



tingkatan satu. aku suka dia sangat-sangat. aku tersangat suka hingga rasa jantungku hampir pecah kerananya. kerana dia aku berlari-lari ke dewan makan, kenapa? aku nak cop tempat kat situ. tempat di meja tu, yang menghadap dia yang duduk dekat tempat makan pengawas tu. aku suka tengok dia senduk nasi masuk dalam pinggan yang baru je ditukar. dulu guna tray besi je. dia suap nasi pun nampak comel je. aku tengok je dia makan. nasib baik tak suap nasi ke hidung. ah!!! angau sudah aku ni!!!

tingkatan 2. aku suka dia sangat-sangat. aku bukan atlet. aku bukan hebat berlari. aku cepat letih. aku tak larat. lemak di sana sini, tapi, aku pergi padang. memaksa kakiku melangkah sebab aku nak tengok dia. sebab aku nak setanding dengan dia. nak menang demi dia. acara sama macam dia. di sana, tengah padang, berlari-lari dengan kawan-kawannya. moga dia menang. moga dia dapat apa yang diidamkan. doaku dalam hati sepanjang masa. boleh ke aku anggap kemenangannya kemenanganku jugak? ish, aku ni dah kritikal!

tingkatan 3. aku suka dia sangat-sangat. saat aku melangkah keluar dari asrama. the first step out of the gate. mataku mencarinya. ye, dia. manalah tau dia berjalan di sana. ye, arah kami sama. moga kami bertemu, bertentang mata. aku suka tengok dia berjalan dengan langkah laju dan cepatnya. entah apa yang dikejarnya. aku tiru gerak jalannya.  aku suka tengok dia melihat keliling, tersenyum. dia gembira dengan hidupnya,, of course,, kalau dia suka, aku gembira tanpa ragu-ragu lagi lah. aiyooooooooo,,,, kenapa aku jadi camni???

tingkatan 4. aku suka dia sangat-sangat. aku bukan budak skema, tapi aku jadi pengawas. mulanya dah aku tolak, tapi teringatkan dia. mulanya, aku takut, tapi terfikirkan dia. dia ada, mesti aku boleh pegang tanggungjawab ni. jadi budak skema, mematuhi peraturan, jadi pelajar kesayangan guru. ye! mesti boleh! sebab dia ada. dia ada dalam kalangan kami nanti. wah!!! bolehla aku jumpa dia selalu. bertugas di dalam konti sama-sama, bermesyuarat sama-sama. eh, terfikirkan dia lagi ke aku ni? teruk!

eh, aku dah di tingkatan 4. eh, ni tahun last kami sama-sama di sini. mengalir air mata. ish, mataku degil. letih sudah kuseka. dia bocor juga. aku nak buat apa? perlukah aku bagitahu dia? ish. aku malu. direjectnya aku nanti, malu sampai mati. biarlah. aku biarkan saja dia pergi. tanpa tahu rahsia di hati. ada jodoh adalah. andai tiada, sesungguhnya ALLAH dah sediakan yang lebih baik untukku.

-the end-

sudah tertipukah? hehe,, aku sebenarnya join CONTEST INI,, so aku tulis benda tak ilmiah langsung yang kat atas tu,, rasa macam tak de harapan je,, tapi no harm trying in life kan,, hadiah memang awesome. so,, what are you waiting for? join now!! :D

muja tag:
http://maszull.blogspot.com/
http://arjunapopkorn.blogspot.com/

 Banner

9 comments:

  1. salam ziarah.. DiGi untk awak :)

    ReplyDelete
  2. hampir terpedaya dgn cerita anda..hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Larr..tipah tertipu rupanye, heh3.

    Ingatkan sapa yg bertuah beno disuka oleh cik muja kita >_< hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..ingatkan kisah cinta muja zaman skolah ke apa la tadi.aiyoo...all the best ye

    ReplyDelete
  5. terbaiklah jalan cerita.. mati2 ingat muja punye cinta monyet.. hahaha
    gudlak eh :)

    ReplyDelete
  6. kalaulah cerita itu benar,alangkah bersabarnya kamu,rugilah si dia yang tidak pernah tahu itu..hehehe.

    good luck dear :)

    ReplyDelete
  7. wahh macam best , tapita pandai nak karang laa , tade idea sangat

    ReplyDelete