hari raya aku bolok jah... - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, August 22, 2012

hari raya aku bolok jah...

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
now,, it is not only churp2 giving us money,, blin too!!! how cool is that??? :D

bangun je pagi raya, mandi (terlupa nak niat mandi raya,, eee!!!), then sambung gosok baju yang still not finished that night before. grrr,,,, kasut raya abah hilang la pulak,, where where where?? urrggghhhh,, time la dia nak menyorok,, kalau time bukan pagi raya tak leh ke ha???

then, su pulak tanya "kak, bila nak siap" grrrr,,,,, sakit lak hati ni bila time otak tengah huru hara orang tanya pasal turn nak iron teringat zaman kongsi iron kat faris petra,, haru amat,,, aku pun bagi jelingan marah sedas,,, huhu,,, tapi aku senyap je,,, senyap tanda merajuk yang confirm2 la tak de yang nak pujuk,, sebab tu aku suka merajuk ngan orang yang tak dibenarkan dimention di blog aku ni je,,,

tahun ni kitorang bertemakan small small flowers,, huhu,, dah sememangnya baju kurung bunga kecik-kecik cenonet ni umi's favourite type of baju kurung,,, so,, kitorang ikutkan aje,, 2 kali panjang,, alamak,, cute jugak baju kurung yang cenggini yek,, ahakss,,,


kenapa tajuk entry aku diletakkan the word 'bolok'? sebab gambar di atas ni la,, cer jeling kat tudung aku yang berkelepet tak ketahuan hala tu,, macam tak raya je haku nih,, aku rasa dalam cermin dah ok,, bila hilang cermin,, hilang trus ok dye tu,, tinggal non hokey jak,, grrr,,, bolok tu dialek klate,, bolok means lebey kurang dengan selekeh la,, paham anak murid sume? guud,, :D


aku ngan anak sepupu yang suka merengek 'nak lagi nak lagi' korang tahu tak dia nak apa??? nak dukung then aku cium pipi dia,, hua hua hua,, anak sepupu yang suka amik kesempatan gak ni,,, nasib baik hensem and ku sayang anda sangat la budak kecik,, kih3,, makin besar makin berat lak budak nih,, eh,, macam tak perlu je ayat tu, takkan la makin besar makin ringan pulak,,,

tahi lalat aku pun makin lama makin besar,, hahaha,, tak pe,, kata orang,, tahi lalat aku tu pemanis muka,, kih3,,, eh lupa nak emphasise awal-awal,, umi cakap camni kat aku 'kak, you look soooooooooo beautiful' then aku tengok umi aku,,, then i know why she said that,, hehe

ni time atas kereta on the way balik kampung gong jering. solat raya kat surau favourite abah. tak tau la nape suka sangat kat situ,, we all prefer masjid lagi,,,, then pergi kubur,,, ada orang kata pergi kubur time raya ni khurafat,,, ??????? aku tak nak peduli pendapat ini ye,, aku ignore je,, takkan la melawat kubur pun tak leh,,, mengingati mati tu kan sunat,,, grrr,,,,


ni yang buat aku jelez nih,, aku tak leh kalau ada orang lain yang mai buat baik ngan abah aku,, tu abah aku tuuuu,, bukan abah ko!!! budak-budak ni,, time ada duit raya je la baru terhegeh-hegeh,, duit raya tu sume aku punya tau,,!!! sume aku punya!!! aku nak jugak!!!!! uwaaa,,, aku budak kecik agi,,, orang yang dah tak anggap aku permata yang dicari cakap,,


kecik-kecik dah romantik,, besar-besar nanti aku tunjuk gambar ni,, baru la tau malu kemain,, dorang ni dua pupu,, orang kelantan je ke yang tau istilah dua pupu ni? kalau bukan nak amik gambar,, tak denye dorang dok statik macam ni,, ke hulu ke hilir,, aku pulak mengejar,,, dorang gelak-gelak,, aku yang macam nak putus nafasnye,, kejar dengan 4 kaki weh,, sape tak penat cer habak mai..


baca yasin reramai di kubur,, bila aku check ada lak gambar ni,,, comey nye tudung aku,, kalau tak silap RM 13.90 kat zaleha textile pasir puteh,, so,, who says benda murah kemain ni tak leh buat kita jadi lawa,,, err,,, aku la tu,,, huhu


makcik tu dipaksa amik gambar,, kui3,,


fatin syabilla, lisa, huda.. jelitawan yang already booked k,, no hp no asking is allowed,, hehe


siblings, huda and umar


siblings, umar and amir


fatin, pok yeh, lisa, nurul, syakir (depan)


aku anak mithali

tahun ni raya aku rasa sangat best,, sume balik alhamdulillah kecuali sepupu aku yang still kat kota kinabalu,, ti dia dah pindah kat perak insya ALLAH sume dapat berkumpul,,, di kesempatan ni, aku nak wish

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

to all muslims,, especially my readers sebab korang la yang terbaca entry ni,, yang tak terbaca kalau aku wish pun dorang bukan tau,, ngeh3,,,, ada yang pernah terasa hati ngan aku,, i really regret what i have done,, i am so very sorry,,, to those yang aku ada hutang pape,, do tell me,, nak cepat-cepat bayar,, takut gak mati hutang bertimbun,, lastly,, i love you all la,, and keep updated with my blog and do leave constructive comments so that i can improve to be better and better in the future k :D

 Banner

4 comments:

  1. Gambar 1 keluarga x ada ke? Muja, knp Amir x pandang kamera mase dgn Umar? Hahaha... Btw Fatin cantik. :D

    ReplyDelete
  2. wah.. samalah wrna bju raya kita :)

    ReplyDelete