cinta putus sipi-sipi jalan (part 1) - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, November 17, 2012

cinta putus sipi-sipi jalan (part 1)

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 
join nuffnang here :D



teringat lak aku yang aku tak pernah agi tulis kisah paling romantic pernah jadi dalam hidup aku yang telah menghadirkan cincin seketul cincin di atas,, aku rasa macam dah bersedia je nak citer dalam blog aku nih,, hehehe..

pada satu ketika dahulu, aku ni sorang budak tingkatan 4 yang ada hp tapi kongsi-kongsi dengan adik.. time tu pulak banyak pulak kes rumah kena pecah.umi beli sebijik yang antara termurah abad ini tu pun sebab dia takut kalau-kalau penjahat comel datang sedap-sedap suka-suki hati dia nak curi mee maggi kat dapur tu or datang nak kidnap anak daranya yang comel aka muja ni ke, kitorang tak sempat nak contact sape-sape sebab tak de hp nak pelangkung sekuat hati,, can you imagine kalau rasa bimbang tu tidak hadir bila la agaknya kitorang nak merasa ada hp?? habak mai la,,,

ADA HATI NAK CURI MAMEE PERISA KARI FAVOURITE AKU YE????

so umi suruh kitorang letak hp dekat-dekat ngan kitorang then before tido, tekan no hp polis so that kitorang just have to click on the green button kalau unwanted incidence happened,, isn't that what we call genius? yeah,, i know,, my dr umi is very clever,, that is why she is a doctor. tengok la pulak anak dia,, cantik and bijak :) can you imagine? form 4 pun tak de hp lagi,, orang lain dah pandai-pandai seludup hp 3310 datang sekolah dengan harapan dapat cari penyakit dengan Penolong Kanan Pentadbiran, aku pulak hp kat rumah pun tak de. sangat sadis. ek? but it is the reality folks,, accept it!!! :)

satu momento tu, sampai masanya aku rasa macam nak ada at least my own hp number even i don't have a hp yet. nak beli sendiri memang tak la sebab aku ni tak pernah menabung,

baru je start nak menabung nampak nasi ayam,
baru nak gi amik tabung, nampak choki-choki,
baru bukak tabung, nampak komik Hot Gimmicks
baru nak letak dalam tabung, nampak Chickadis.

so, aku hanya boleh menabung dalam mimpi semata-mata tu pun kalau tak nampak kuey tiaw ayam pedas berasap dalam mimpi tu,,, then, i knew that my auntie ada nombor yang dia tak nak guna.. no maxis.. aku pun dah lupa no tu,, wah this is my chance bisikku dalam hati. aku pun dengan muka pemalu-pemalu biawak meminta nombor tersebut,, hehe,, masa tu kat kelantan ni tak de lagi favourite number. sume orang tak tau lagi beza maxis dengan celcom or digi. sume main beli je,,, sekarang ni memang la celcom dah jadi favourite line for kelantanese,,

maka disebabkan wujudnya seorang auntie berjiwa penyayang, dapatlah aku merasa ada nombor hp sendiri.. :) bersambung....

PART 2
PART 3
PART 4

 Banner

4 comments:

  1. Ala, kenape ade sambung2... wat suspend la... cepat2 sambungan nyer yer...

    ReplyDelete
  2. Bagaimana cinta boleh putus? Ish3. Di sipi jalan. Mengapa harus terjadi. Oh tidaaaak. Kenapa bukan di tgh jalan? Walaubagaimana pun di sipi jalan masih ok, sbb kalau di tgh jalan, boleh jd dilanggar kereta atau lori. Hurm...

    ReplyDelete
  3. wahhh.....ada sambungan ke?...adessskene follow la ni

    ReplyDelete