maafkan aku - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, November 11, 2012

maafkan aku

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

maafkan aku
kerana aku adalah aku
susahnya mengubah diriku
susahnya menjadi selain aku

maafkan aku
rasa macam tak terdaya lagi
cuba membuka pintu yang berkunci
kunci itu rasanya tiada di sisi

maafkan aku
fikiranku sependek kuku
tiap kali memanjang kupotong laju
kubuat sesuatu tak fikirkan kamu

maafkan aku
yang tak biasa sendiri
sentiasa perlu seseorang di sisi
tapi kau tiada di waktu ini

maakan aku
kita jauh berbeza
aku kekal di malaysia
kau melangkah ke china

nampaknya setakat ini sahaja
hanya ada aku dan kau
kini tiada lagi, kita.
 

3 comments:

  1. pandainya muja buat puisi.
    maafkan saya juga kerana selalu datang ke sini :)

    ReplyDelete
  2. wow , mendalamnya , long distance relationship kerr ??

    ReplyDelete
  3. Sayu je baca..... Nak nangis pun ada... Uwaa..

    ReplyDelete