mak saudara vs mak sepupu - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, November 24, 2012

mak saudara vs mak sepupu

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

join exabytes here :D

semalam berlaku lagi konflik antarabangsa antara aku dan mz. yaaa,, kitorang sentiasa ada konflik ni sebab tu kitorang tak leh terpisah. kalau tak, boleh kurus si mz rindukan aku. hehehe. hayati dialogue yang sudah diubah suai. :)

aku:
aku kat gong jering. letih la jaga budak kecik.

mz:
laa.. anak sape?

aku:
anak sepupu aku. ada 2 orang. sorang pompuan, sorang lelaki

mz:
jadi ko dah jadi mak saudara la :)

aku:
bukan la. aku dah jadi mak sepupu.

mz:
sama la tu. mak cik dorang.

aku:
bukanla. dorang tu anak kepada sepupu aku. jadi dorang dipanggil anak sepupu aku, bukan anak saudara aku. aku lak dipanggil mak sepupu dorang la, bukan mak sedara. aku mak sedara kepada anak-anak adik-adik aku je. :@

mz:
sama la.

aku:
tak samala!!!!!!!!

haaaa..... aku tak tau la macam mana orang kat luar negeri kelantan or semata-mata kampung aku sahaja. tapi memang kat tempat aku ni, mak sepupu, mak sedara, and mak cik ada maksud yang berbeza.

mak saudara- adik-beradik perempuan kepada ibu bapa kita
mak sepupu- sepupu perempuan kepada ibu bapa kita
mak cik- gelaran kepada mak saudara kita
anak sepupu- anak kepada sepupu kita
anak saudara- anak kepada adik beradik kita

aku di kelantan. mz di kuala lumpur. sama-sama di negara Malaysia tapi sudah ada perbezaan sebegini. itulah indahnya kita hidup di Malaysia ni. macam mana pulak ngan korang? korang sama macam aku ke macam mz??? :)




6 comments:

  1. kat selangor sama mcm kat kelantn jee , setiap panggilan berbeza ^^

    ReplyDelete
  2. Sama je kat kelantan dgn selangor , setiap panggilan untuk pangkat yg lain2 :)

    ReplyDelete
  3. snanye saya pun xpaham sangat semua ni.. tapi saya rasa saya sama dengan muja punye.. :)

    ReplyDelete