teacher suka makan banyak dengan gelojoh menyeksa pelajar - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, November 27, 2012

teacher suka makan banyak dengan gelojoh menyeksa pelajar

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ni hanya 2 orang yang hadir to my tuition class, shaima and eriena. dorang ni maybe akan jadi my permanent students sebab dorang memang dah ada transportation untuk hantar dorang datang rumah aku. sepupu aku yang kat rumah tak leh datang. tak de yang sudi nak anta. boleh tak aku nak balik kampung and marah kakak dorang yang ada kat rumah tu?????!!! sepupu aku jugak la.

hari ni adik aku BLOGGER HUDA bertanya kepada one of my students

'sedak ko blaja nga dio nih???'

dio nih??? omei!!! dorang tu students aku. i am a teacher now, be considerate la sikit. at least tanya la macam ni ke

'best tak belajar English ngan Teacher Muja??'

kan ke sound dia lebih polite and sedap didengar,, aiyaaa. tanya macam tu dah satu hal. tanya lak depan aku. confirm la budak tu cakap

'sedak'

percentage untuk student aku jawab camtu semata-mata untuk amik hati adalah terlalu tinggi tau tak. sob3. sadis, malu, segan, malu-malu biawak. kalau aku pun aku cakap camtu. nak kena pelempang critic teacher depan-depan??? berani buat la. aku ketuk sorang satu. si penanya dan yang ditanya. baru tau aku ni sape. lady warrior kot. pantang dicabar. bagi 100 soklan sehari untuk jawab baru tau langit tu tinggi ke rendah. time tu baru nak puji aku melangit tinggi. time tu tiada maaf bagimu. kih4

hari ni aku memang tak tunjuk kredibiliti seorang teachers sejati. time students aku nak tulis-tulis, aku boleh bahan makan kuih, hajatnya nak makan nasi tapi rasa over la pulak. yang paling sadis bila dia tanya soalan time mulut aku penuh sepenuhnya sebab aku makan kuih main sumbat sebijik sekali gus. cess!!! malu weh!!! pastu aku telan sikit, then answered her question. sungguh aku masih tidak sematang the way a teacher should be. baru 20 kot. chill r kan. hehehe.

hari ni aku tak ajar benda baru. tapi aku suh dorang translate benda yang aku tulis atas white board. lebih kurang benda ni je. tak de la sebijik macam yang aku tulis kat bawah ni tau. sangat simple dimple. i just want to know whether they really understand what i tell them repeatedly semalam or not. i am very afraid if they just pretend to understand because it will be very bad for their English. sebenarnya aku yang affected kalau dorang bajet paham. wat letih jela aku ajar banyak-banyak kan? hehehe

karangan 1 : my biodata (untuk check skill dalam karangan present tense aku pilih biodata, very general and familiar and close to their life.)

nama saya ____
saya tinggal di _______
hobi saya adalah _______
makanan dan minuman kegemaran saya adalah ______

karangan 2 : cerita dongeng Pinocchio (untuk check skill dalam karangan past tense. very easy and common also)

pada suatu masa dahulu, terdapat seorang tukang kayu.
namanya Encik Abdullah.
pada suatu hari dia telah membuat sebuah patung budak lelaki.
dia berharap patung itu boleh menjadi anak lelakinya.

karangan 3 : malaysia (karangan present tense)

negara saya Malaysia.
nama bendera Malaysia adalah Jalur Gemilang.
saya sayang negara saya.
di Malaysia, terdapat 14 buah negeri
saya tinggal di negeri Kelantan.

senang je kan? sangat senang. aku bagi ni aku rasa macam karangan darjah satu je walaupun yang aku ajar tu 11 tahun ke atas. bukanlah aku memperkecilkan dorang. aku harap dorang tak terasa and berasa begitu. it is just that ayat simple macam ni la yang paling mudah aku nak terangkan structure ayat tu. mana satu subject, verb and object. this is what i have been telling them. aku harap sangat they get every input that i give them. time dorang belajar dulu tidak diterangkan macam mana combination of words can make a sentence. aku kan buat tambahan. i should tell them things yang dorang kurang dapat perhatian di sekolah la lebih kurang. kalau setakat ajar yang dah diajar di sekolah, tak ke rugi?  :)

esok, aku nak ajar Mathematics. aku suh dorang bawak kertas soklan aku ajar mana yang dorang tak paham. i don't know how to teach other subjects. sorry. my bad. padahal seorang cikgu kena bersedia untuk ajar semua subjects termasuklah English, Science, Maths and others sebab a teacher should be a multi-tasking teacher. English is my major but i am an all rounder teacher. kalau ada cikgu sains tak hadir, aku pulak jadi cikgu ganti, confirm dah aku kena tahu jugak sedikit sebanyak pasal sains kan. tu la, bukan senang nak jadi cikgu ni ye. baru aku sedar. buat blogger yang burukkan cikgu dulu, kalau tak silap blogger liyana ke hape ntah, aku harap ko sedar. eh. tetiba emo.

ps- hari kedua yang menyeksakan buat seorang pencinta.

1 comment:

  1. tabahnye muja menjadi cikgu.. kalau saya? dah marah2 dah.. sebab saya kurang sabar.. hahah

    ReplyDelete