ada apa dengan cinta pendusta. kita bako aje! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 04, 2012

ada apa dengan cinta pendusta. kita bako aje!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

ada apa dengan cinta si pendusta. cinta pendusta hanya di bibir sahaja. cinta pendusta manis di telinga semata. try tanya hatinya cuba. tanya dia apa itu cinta. confirm hatinya pun tak tau maksudnya cinta tu apa. cakap lebat boleh la. tanya maksud cinta pun dah pening kepala. belum lagi minta laksanakan tugas pencinta. confirm tercabut sehelai-sehelai rambut di kepala.

ada apa dengan cinta si pendusta. cintanya bagaikan angin lalu yang indah menyapa muka. indah terasa yang sesaat cuma. maybe kurang daripada sesaat pun ada. angin lalu yang boleh bertukar menjadi puting beliung bila-bila masa. sangat berbahaya pada sesiapa yang percaya. pada cintanya si pendusta. angin lalu yang bermuka-muka. itulah cinta si pendusta.

ada apa dengan cinta si pendusta. melontarkan kata cinta di kala perlu sesuatu daripada yang benar-benar mencinta. sudah dapat ditinggal merata. yang benar-benar percaya kepadanya. menyerahkan segala tanpa bicara. nak kata buta ada mata. tinggal nak guna dengan betul punya cara. tak susah. cuma perlu buka mata. tengoklah seperti yang celik dengannya.

ada apa dengan cinta si pendusta. tula sudah kukata. bercinta kena guna mata. mata di muka dan di hati juga. jangan guna hati yang berbunga-bunga nafsu yang manusia cipta. kan tak pasal-pasal dah terkena. terjerat dengan cinta si pendusta. cinta yang tak bawa ke mana. cinta yang membawa durjana. cinta yang menyamar sahaja. cinta yang sekadar halwa telinga.

Jangan percaya cinta si pendusta! kelak hidupmu huru-hara.
Jangan percaya cinta si pendusta! kelak jiwamu akan merana.
Jangan percaya cinta si pendusta! kelak hidupmu jadi sengsara.
Jangan percaya cinta si pendusta! kelak maruahmu hilang ke mana.

carilah cinta yang sebenar-benarnya.
cinta berlandaskan agama.
cinta kerana ALLAH Yang Esa.
cinta terikat dengan ikatan ketat yang sempurna.
cinta yang sentiasa berbisa.
cinta yang tak luput dek masa.


3 comments:

  1. Dah bercintan ke wahai si kak muja?

    ReplyDelete
  2. kalau muja nak tahu, sayalah orang yang yang sentiasa bercinta dengan si pendusta ni.

    sudah 3x peluang saya bagi. saya tetap tak pernah jemu. tak tahu kenapa..

    ReplyDelete