aku BEKAS peminat bola tegar. seperti kacang lupakan kulit - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 01, 2012

aku BEKAS peminat bola tegar. seperti kacang lupakan kulit

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

suatu masa dahulu aku tertanya-tanya bola itu apa. kenapa yang famous sangatnya. yang aku tahu aku belajar dalam buku colour-colour time dok tadika. bola itu bulat bentuknya. bila besar sikit barula aku tahu bentuk bola itu sfera. so apa yang hebat sangat dengan bentuk itu yang jadikan semua orang suka. aku sangat tidak faham ini fenomena.

suatu masa dahulu bila aku mula melangkah ke alam remaja yang penuh pancaroba. tetiba je terdetik hati ini nak tengok bola yang popular dan glamour kata orang-orang sekeliling aku yang gila. bukan gila sebenar gila tapi gilakan bola. aku kuatkan jugak mata aku untuk tengok tv dengan orang-orang mengejar bola. inikah yang bestnya? aku tertanya-tanya.

time aku tengok bola kali pertama tu aku rasa pelik. hati aku berdebar dengan hebat saat mata aku celik. mata jadi terbuka tak leh berkelip. macam la penting sangat tengok pemain menggelecek. huh. nampaknya aku ni dah berjangkit. rupanya minat tengok bola ni satu penyakit. penyakit yang tidak boleh diubati dengan ubat sedikit. makanya aku tinggalkan bola yang pelik.

pengalaman pertama sangat berharga. team kelantan menang aku sangat bahagia. adakah aku ni pembawa tuah bagi mereka. macam biasa aku orang yang perasan semata-mata. aku mula rasa apa yang dorang rasa. rupa-rupanya tengok bola ni best lah juga. walaupun tak sebest nasi goreng pataya. tapi ok la bagi orang yang suka buang masa. oppss!!! aku la. bukan mereka.

aku takut time aku tengok bola. time pihak sendiri nak menjaring fikiran berlegar-legar. hati tak tenang sentiasa berdebar-debar. pihak lawan nak golkan bola mata aku berpinar-pinar. dada aku rasa nak meletup mata nak terkeluar. oh, ini sama sekali tidak benar. bagi aku tengok bola satu aktiviti yang tidak segar. fobia weh jadi fanatik perlawanan bola yang tegar.

setelah aku makin dewasa aku mula terbabit dalam kancah cinta. cinta monyet dan beruk dan arnab yang memang mengacau jiwa. si dia si dia si dia pula peminat bola yang aku asalnya suka. tapi bola dah buat aku dilupa oleh mereka. makin bertambah benci aku pada bola si glamour. menjadi antara sebab kami bersengketa. tiada lagi bestnya bola di mata.

ps- peminat bola tak yah nak emo. ni hanya entri BEKAS peminat bola sahaja.

8 comments:

  1. yg penting malaysia menang...hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. haipp kite suam2 kuku. LAYAN pun BESt, xlayan pun No Hall laa hehehe TAPIIII..
    team wajib saye tonton match diorng ialah GERMANY & MALAYSIA ~ wow wow harimau malaya aumm, gile bola ^_^

    ReplyDelete
  3. @Mar Haini Abdul Rahim aduss,, muja ni kire tak patriotic sangat la kan,, tak per,, patriotic dari bidang lain,, hehe

    ReplyDelete
  4. CP pown suam2 kuku je minat tak minat ni ...

    ReplyDelete
  5. sy tak minat bola... tapi dengar jugalah berita siapa menang siapa kalah...
    tak adelah tak amek tahu langsung...

    ReplyDelete