aku benci bila kau buat aku cinta kamu. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, December 05, 2012

aku benci bila kau buat aku cinta kamu.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

aku dah bosan menunggu. ko tahu tak aku ni manusia, bukannya kayu? kayu tak de hati dan perasaan macam aku. aku ada hati yang hendak dijaga selalu. nampaknya ko bukan penjaga yang baik untuk hatiku. ko buat ia terbakar, hancur macam abu. nyah kau dari sisi aku!!! aku tak mahu ko muncul lagi di situ. di dalam hati aku.

aku dah bosan menunggu. kau tahu tak betapa tak bestnya menuggu kamu?? menunggu kamu jadi macam dulu. masa kamu mula-mula mengorat aku. haissyyy macam orang bodoh pulak aku. macam mana la aku yang bijak ni pun boleh tertipu. dengan kata-katamu yang nyatanya palsu. huh! aku akan kembali menjadi aku. bukan lagi aku yang kamu tahu.

aku dah bosan menunggu. kenapa la ko muncul dalam hidup aku? aku bahagia je tanpa kau dulu. masa aku bahagia dengan teman-teman seperjuanganku. tengok sekarang apa dah jadi pada aku. tidak tenang dah hidup ini kalau tak tengok wajahmu. kalau handsome tak pela jugak ni tak macam hantu. kesian kat mata aku. terpaksa menatap wajah hantumu.

aku dah bosan menunggu. ko hanya tahu berjanji begini dan begitu. mulut manis macam gula batu. bertahun berlalu tiada apa jugak yang berlaku. cakap je banyak macam kelkatu. eh, kelkatu cakap banyak ke sikit aku pun tak tau. yang pasti aku bencikan kamu. aku benci kamu yang dah mencuri hatiku. dah curi tak reti nak pulangkan mana aci cenggitu!

aku benci bila kau buat aku cinta kamu.

edited:
ramai orang ingat yang muja tulis memang kisah hidup muja. tak semestinya ya. kadang-kadang ya kadang-kadang tak, tengok kisah orang lain, kita feel, kita tulis. ok? :D







24 comments:

  1. adeh..siapakah jejaka itu muja???

    ReplyDelete
  2. sabar eh muja..:D

    hadapi semua dgn senyuman...^__^

    ReplyDelete
  3. hmmm... wow.

    beratnya penangan cinta itu..
    bisa buat hati kita menjadi layu dan sayu...
    membuatkan ku lemah tanpamu...
    kan bagus jika kau tidak muncul dalam hidupku..
    tapi aku bersyukur, kerna kamu.. aku tahu..
    apa itu erti sakit kerna cintakan sesuatu iaitu kamu.~~

    =) life must goes on..

    ReplyDelete
  4. Kalau tanak ngan dia .. Kite kapel dua je lha :P

    ReplyDelete
  5. @boni kacak jejaka itu tidak wujud lagi la abang boni,, haha

    ReplyDelete
  6. Macam akak suka cakap dengan sesiapapun yang sedang 'menunggu' , kalau rasa dia layak untuk ditunggu. MAka tunggulah. Dan pastikan, kamu tak menunggu dengan sia-sia.

    :)

    ReplyDelete
  7. adesss! geram benar bunyi nyer... hihih..sabar ye dik :)

    ReplyDelete
  8. cinta itu indah tp pastikan ianya berasaskan iman dan jodoh dr NYA.. kalu sekadar nafsu.. ianya tidak bahagia mana.. hanya seketika.. buka mata buka hati..

    ReplyDelete
  9. BAWAK BERBINCANG ELOK2..MANA TAU BOLEH SETEL..^_^

    ReplyDelete
  10. aku benciiii jugakkk ! tolong pulangkan, jangan tak malu wat harta sendiri.hahah

    * komen ini juga tak smestinya kisah hidup pengomen. hehe tgk kisah org lain, kita feel, kita tulis :P

    i love ur style lah ^^

    ReplyDelete
  11. ingatkan pasal muja aje.. makin menarik tulisan muja sekarang :)

    ReplyDelete
  12. @Cik Puan Bunga tapi susah nak tau orang tu layak ditunggu ke tak :(

    ReplyDelete
  13. @fendy abu laki la ni suka buat perempuan tunggu.. grrr,,,

    ReplyDelete