aku minta maaf kupatah-patahkan kau padahal kau tak salah. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, December 06, 2012

aku minta maaf kupatah-patahkan kau padahal kau tak salah.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

aku memang suka ikut perasaan aku ni. aku tak mintak maaf lagi dengan umi. aku ikut je nafsu menggila dalam hati. perasaan marah yang membara tak hilang pergi. semua yang aku sayang sepenuh hati aku sakiti. aku tak tahu la sampai bila aku nak macam ni. ego membelenggu tak mati-mati. umi, ampunkan anak mu ini. aku memang lancang berbicara macam orang tak sedar diri. padahal aku ni anak and dirimu umi. maafkanlah anakmu ini.

wahai sim card si jantung hati. sebab orang lain ko yang kupatah-patahkan tanpa rasa manusiawi. sebab nyamuk kelambu dibakar terbukti kini. aku tak sengaja tapi kau mesti ku hapusi. untuk menyekat segala perhubungan aku dengan seorang manusia yang menyeksa diri. nanti la aku renew kau lagi. tapi bukan dalam masa terdekat ini. maybe nanti dah nak masuk ipg. nanti aku dah rasa cukup berani. berani melawan segala rasa yang menghantui diri.

wahai sahabat sejati. mesti kau sangat marah denganku kini. percayalah kau bukan penyebab aku jadi begini. maafkan aku membabitkan kau dalam masalah sendiri. memutuskan perhubungan kita sebab orang lain satu tindakan yang tak patut tapi perlu bagi aku sahabatmu ini. percayalah untuk sementara je kita begini. jangan risau wahai sahabat engkau sabarlah menanti. aku akan kembali menemani. tapi bukan waktu ini. nantilah tenang dulu aku punya hati.

aku malu nak minta maaf. macam mana ni?????????






7 comments:

  1. Jgn malu meminta maaf kak :(
    Tak pun htr mesej kat umi ..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, bila marah menguasai diri, segalanya boleh terjadi. doakan kak muja dapat selesaikan masalah ni cepat cepat.

    ReplyDelete
  3. KENAPA PULAK NI..ADA MASALAH MENGHANTUI DIRI?BERSABARLAH WAHAI HATI..^_^

    ReplyDelete
  4. hmm.. saya doakan yang terbaik buat muja

    ReplyDelete
  5. Sms mungkin.. memang mula mula malu itu bertandang di hati.. andai sejentik kau cuba robohkan dinding yang menghalangi, In Shaa Allah mudah bagimu untuk menyelesaikan rasa bersalah di hati..

    cubalah, tak rugi untuk jatuh sendiri dan dan jangan lupa bangun semula nanti~

    ReplyDelete
  6. kalau ade yg salah, tak slaah untuk mintak maaf k.
    doa sy moga semuanya baik2 saja.

    ReplyDelete
  7. kenapa ni muja? minta maaf je.. bila dah minta maaf tu hati baru rasa tenang :)

    ReplyDelete