bagaikan membaca buku yang dah khatam - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, December 12, 2012

bagaikan membaca buku yang dah khatam

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

pada satu hari. dalam facebook aku berlari-lari. satu-persatu post di newsfeed aku perhati. terjumpa satu post yang menarik hati. di post oleh kawanku massurie. aku sangat setuju dengan pendapat saudari. benar-benar kena dengan situasiku kini.

katanya pada post itu, balik kepada si dia yang kita pernah putuskan hubungan sama saje seperti membaca semula buku yang sudah dikhatamkan terlebih dahulu. permulaan, pertengahan dan penamat sudah kita tahu.

buku yang sama tidak mungkin pernah berubah melainkan. ada yang mengoyak helaian-helaian di mana-mana bahagian. dibuang mana-mana part yang tidak diinginkan. perumpamaan untuk pasangan yang ingin berubah demi pasangan.

malangnya buku yang dibeli mahal harganya. manakan sanggup dikoyak rabak sesuka hati manusia. perumpamaan kepada sukarnya memusnahkan ego manusia. betapa sukarnya berubah bagi manusia. betapa peritnya mempertahankan si dia yang kita cinta.

aku nak berubah
tapi aku tak berubah
sebab tu biar la kita begini sahaja
perasaan disimpan di hati sahaja
ada jodoh kita terus kahwin
hahahaha!!!! :D


4 comments:

  1. pucuk pangkal ialah keserasian. jika tak serasi , walau berkali2 menyambung apa yang telah terputus tu, ia akan berakhir semula menjadi perkara yang sama..

    ReplyDelete