banyak masanya hidup kita ni pelik - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 11, 2012

banyak masanya hidup kita ni pelik

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

kadang-kadang hidup kita pelik yang amat. ironi berlaku dengan ligat. kita nak bahagia yang amat. tapi yang kita dapat hanyalah kesedihan menjerat.

kadang-kadang kita sayang sangat seseorang tu. cinta kita hanya untuk dia yang satu. tanpa dia hidup kita jadi tak menentu. tapi kita yang tinggalkan dia di situ.

kadang-kadang kita rasa otak berserabut. patutnya ayat al-Quran yang kita tak henti-henti menyebut. tapi yang jadi mangsa hanyalah Facebook.

kadang-kadang kita rasa tersungguh gembira. patutnya kita bersyukur kepada Yang Maha Esa. tapi twitter pulak yang jadi mangsa.

kadang-kadang kita rasa lapar yang kronik. tapi kita tetap tak makan sebab takut gemuk. padahal orang kata gemuk tu cute. tetap kita nak kurus berkeriput.

kalau kita jadi doktor di klinik swasta. kita mengharap orang ramai sakit so that kita boleh kumpul harta. tapi kerja kita adalah merawat mereka. so sihat la dorang...

kalau kita cikgu English di sekolah swasta. kita mengharap ramai pelajar tak berapa pandai datang belajar. tapi kerja kita mengajar dorang sampai pandai. tak datang dah dorang,,,

korang perasan tak apa yang aku perasan ni? ke korang tak nampak? sila guna mata hati. orang yang tak perasan ni,, dia sebenarnya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

sambung sendiri. kih3

5 comments:

  1. pentingkan diri sendiri kowt... hehe...

    ReplyDelete
  2. manusia mmg mudah lupa..

    sini semua..cerita ita nak bagi hadiah la!

    http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/12/contest-cerita-ita-genap-5-tahun.html

    ReplyDelete