biar kita berpisah dari merana. kan? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, December 07, 2012

biar kita berpisah dari merana. kan?

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ini dia pulang dari tapak perjuangan. selepas dua minggu yang sangat mengharukan. aku tahu dia sayang aku dan saat inilah dia nantikan. balik berjumpa wanita pujaan. namun bagi aku. dia sudah kelewatan. aku sudah tidak sanggup lagi menahan. akhirnya dia sudah aku lepaskan. kini turn aku pulak untuk dia lupakan. aku harap dia berjaya melakukan. lupakan supaya dirinya tidak terbeban. terbeban dengan aku yang tidak dapat dia fahamkan.

mencintai seseorang tidak bermakna memiliki. mencintai tidak bermakna kamu sesuai dengan orang yang kamu cintai. begitulah dalam kes aku ini. kami saling menyayangi. itu aku akui. tapi kami bukan pasangan sejati. kami sentiasa saling menyakiti. menyakiti yang disayangi dan juga diri sendiri. kami bukan sengaja tapi ia terjadi dengan sendiri. then kami saling memaafi. then kami ulangi lagi. sampai satu masa aku tidak sanggup lagi menghadapi.

aku tahu dia sangat sabar dalam menghadapi segala dugaan. tapi sabar aku tak sekuat itu lalu aku kalah dalam menghadapi cubaan. aku kalah dalam mempertahankan cinta ini dengan benteng kesabaran. tanpa sedar aku membina putik-putik kemarahan dan kebencian. aku kalah dengan godaan dan cabaran. antara kami terlalu banyak perbezaan. perbezaan yang cuba aku hapuskan. makin dicuba makin kuat dia menawan hati dan perasaan.

awak, saya sayang awak sangat-sangat tak tahu nak kata macam mana. itu je saya nak awak ingat selama-lamanya. saya tahu awak pun macam saya. janganlah pula saya dibenci atau dihina. perpisahan ini perlu untuk kita berdua. bukan saya sengaja. kita masih boleh kawan macam biasa. kawan biasa yang ada terselit satu rasa. satu rasa aneh yang mungkin terhakis dek masa. mungkin juga kekal di jiwa. .

BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU by SITI NURHALIZA


satu persatu teman
ada di sekelilingmu
satu persatulah jua
tinggalkan dirimu
cumalah aku saja
yang masih lagi bertahan
memendam rasa

bulan madu yang indah
sudah sampai ke hujungnya
engkau pun mula berubah
dan beralih arah

kata-kata manis
tiada lagi kudengar
hidupku pula
makin tawar

tiap bicara manis
bagaikan selumbar bisa
kau tanam di jiwa
tak terlihat oleh pandanganmu

tiap bicara manis
memujuk dan merayuku
tak usah berlalu 
dan merajuk bawa hati pilu

andai sudah tiba masa
dan tiada jodoh kita
biar kita berpisah
dari merana

ps- sekadar penulisan semata.

No comments:

Post a Comment