'biarkan aku jatuh cinta' pada sesiapa sahaja yang aku suka termasuk dia. - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 02, 2012

'biarkan aku jatuh cinta' pada sesiapa sahaja yang aku suka termasuk dia.

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

korang pernah tak rasa macam mana jatuh cinta. yang aku maksudkan cinta antara 2 jantina dan halal berkahwin sahaja. cinta jenis lain, lain entry aku cerita. mesti pernah rasa. tinggal jenis rasa cinta tu je yang berbeza. satu, cinta yang halal, dua, cinta yang masih haram yang berpeluang jadi halal yakni cinta yang masih berlandaskan nafsu semata-mata. for those yang belum kahwin macam aku ni and gedik gatal nak berdua. terimalah hakikat bahawa kita hanyalah merasakan cinta yang masih lagi haram bagi kita. aku juga tengah merasakan cinta yang masih haram dan setiap saat terasa dosanya.

haram dalam context cinta ni bukanlah cinta itu datangkan dosa rasanya. tapi pernah tak dengar istilah 'zina hati' yang tak dapat dielak kerana ia datang dengan sendiri dan pergi pun tanpa ada yang menhalaunya. zaman dahulu pun kalau tak silap pada zaman Ibnu Sina. ada seorang pemimpin yang jatuh cinta dengan parah dengan seorang wanita. dia jatuh cinta saat melihat wanita membasuh pakaian di sungai dengan mata. hanya dengan pandangan pertama, dia jatuh cinta. dan perasaan itu begitu perkasa, hebat berkuasa. beliau sampai jatuh sakit dibuatnya. maybe dia rindu sangat amat tapi tak leh nak jumpa. sebab beliau tahu wanita itu masih bukan miliknya. lastly, Ibnu Sina yang pergi meminangkan wanita itu. dorang pun bahagia aman dan sentosa.

suatu masa dahulu masa aku muda-muda. aku merasakan cinta buat kali pertama. maybe bukan cinta juga. tapi tiada istilah lain bagiku yang tercipta di minda. korang paham-paham sendirilah wahai yang bijaksana. aku jatuh cinta dengan si dia yang sangat sempurna di pandangan mata. pandangan mata yang pastinya tidak boleh dipercaya. ahh!!! semua tentang dia adalah sekadar seperti proses pembiasan semata-mata. yang dilihat tidak sama dengan yang nyata. betullah kata omputeh dont judge a book by its cover. lastly aku yang merana. tapi tetap aku tak rasa aku bersalah mempunyai hati yang ada cinta. kerana cinta itu anugerah Yang Maha Kuasa. untuk hamba-hambanya yang tercinta. anugerah indah yang sangat berharga dan tak terharga. hanya yang terpilih dapat merasainya. alhamdulillah, aku salah seorang daripadanya. yang berpeluang merasai manisnya cinta.

oleh itu biarkanlah aku jatuh cinta. kepada sesiapa sahaja yang aku suka. aku bukan orang zionists yang tidak berjiwa. yang hatinya kosong tanpa cinta. tolonglah!!!! jangan la disekat rasa cinta yang indah ini kerana ia membuat aku merana jiwa. aku tak kisah cintaku berpihak sebelah sahaja. aku tidak kira. hak bercinta bukan haknya seorang sahaja. aku juga manusia. punya hati dan deria rasa. punya akal dan mata. punya rasa cinta memenuhi ruang di dada. ahhh!!! pedulikan semua yang mengata. aku hanya insan biasa. yang ada kalanya rasa ingin bercinta. aku tahu ada hadnya. insya ALLAH, Dia ada untuk menjaga. aku kan hamba kesayanganNya. aku tidak risau kerana aku yakin dia juga mahu berikan yang terbaik untuk aku yang hina. bestnya rasa terjaga.

BIARKAN AKU JATUH CINTA by ST12


mata ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakkan jantungmu

dan biarkan aku padamu
menyimpan sejuta harapan aku padamu
rasa ini tulus padamu
takkan berhenti sampai ku mati

biarkan aku jatuh cinta
persona ku pada pandangan saat kita jumpa
biarkan aku kan mencoba
tak peduli kau berkata tuk mahu atau tidak


harapanku semestinya untuk mendapat cinta agung yang diredha. olehnya Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana. ya ALLAH terima kasih atau nikmatmu yang terbesar iaitu CINTA.




23 comments:

  1. amboi.. mood cinta arini ek.. ^_^

    ReplyDelete
  2. @cci hehe,,, mud rasa nak kongsi kejiwangann la kak,, sob3

    ReplyDelete
  3. @Fendy yup,, kalau ada 2 orang yang kita sayang,, terus hidup jadi haru biru,, haha

    ReplyDelete
  4. hehe AA dah klik,, erm,, sapakah gerangan cinta tuan putri?? kikiki..


    bgus entry ni,, taklama leh buat sumber ni huhu...ok tak??

    ReplyDelete
  5. hehe..cinta itu indah..=)

    harap dpt cinta yg di redhaiNYA..kan

    ReplyDelete
  6. wah, kemain lagi feeling ek. btw lagu tu memang best :D
    **semua org nak cinta sejati :B

    ReplyDelete
  7. adeh..saya tak pandai bercinta..hehehe

    ReplyDelete
  8. amboihh..bkan main penuh perkataan cinta dia.. heee..

    ReplyDelete
  9. Salam. cinta itu tidak haram kerana itu adalah fitrah yang dikurniakan Allah kepada kita. Yang mengaharamkan adalah cara kita bercinta seperti yang nurmujahidah katakan hanya berlandaskan nafsu semata. Matlamat tidak menghalalkan cara.

    deanridzwan.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. @boni kacak laa,,, tu nampak sangat la pulak menipunya,, hahaha

    ReplyDelete
  11. Semua layak bercinta..tapi berpada-padalah..:)

    Awk betul muja..cinta itu indah..klu pada landasannya..:)

    ReplyDelete
  12. cinta berlandaskan nafsu xbaik...

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Wahh, ada peningkatan muja punya penulisan entry..tergamam tau tiba2 habaq pasai cinta kat sini..hek3.

    Entah muja..nak kata lana ad penglmn bercinta, ada ke tak eh?heh3.

    Kasih sayang tu sentiasa ada untuk manusia lainnya..cinta tu..aihh, tak reti nak habaq pa pasal cinta nih, hehehe. Tunggu lana kahwin lah muja.. baru tau kot apa itu cinta pastu,eh? heh3.

    Lana suka ayat ni muja, "Insya ALLAH, Dia ada untuk menjaga. aku kan hamba kesayanganNya. aku tidak risau kerana aku yakin dia juga mahu berikan yang terbaik untuk aku yang hina. bestnya rasa terjaga."

    Memang DIA sentiasa ada kan muja..kita je lupa pada DIA..huhu

    ReplyDelete
  14. @Tinta Lana nak ingat la ni,, hehe,, nanti salu ingatkan muja dalam entry lana k :)

    ReplyDelete
  15. Best lah entri muja..
    Cinta? adehh malulahh.. hehe..

    Salam perkenalan dari NH..

    ReplyDelete