biarkan sahaja dia dengan kekecewaannya di saat kita mengecapi bahagia - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 03, 2012

biarkan sahaja dia dengan kekecewaannya di saat kita mengecapi bahagia

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D


wahai kamu yang duduk di sana. tahukah kamu aku sudah jatuh cinta. jatuh cinta pada kamu yang sangat sempurna. sangat sempurna di mata seorang wanita. wanita ini biasa-biasa saja. tiada yang aneh padanya. dia makan dan minum setiap hari seadanya. namun dia mampu melahirkan cinta maha besar untuk raja yang bertakhta di jiwa. andai saja kamu bisa melihat cinta dia.

wahai kamu yang sentiasa di hati. maafkan aku selalu buat-buat tidak peduli. ajakan persahabatan datang hari demi hari. percayalah bukannya aku tidak sudi. rasa malu mengunci diri. bagaimana bisa aku menerima ombak besar melanda di hati. aku takut dengan cubaan datang menghampiri. dua insan yang berjanji sehidup semati. tanpa ikatan perkahwinan yang suci.


wahai kamu yang berjalan di situ. aku mahu kamu di sisi aku. tiada lain hanya kamu. namun sekarang aku tahu belum waktu. tahukah kamu. tiap kali dekat denganmu. aku jadi kelu dan kaku. kenapa aku jadi begitu? itulah hebatnya kamu. kamu yang sebagaimana kamu. bisa buatku terdiam membisu. itulah hebatnya kamu di mata aku.

wahai kamu yang masih menanti. aku ingin kau tahu hakikat ini. bahawa aku juga sedang menanti. menanti saat cinta sejati kurniaan Ilahi. dicurahkan melimpah ruah untuk kita rasai. sesungguhnya tidak akan sia-sia penantian ini. akan dibalas dengan nikmat yang tinggi. nikmat penyatuan dua jiwa yang diredhai. tidakkah Dia juga Maha Mengasihi?

wahai kamu yang sentiasa di jiwa. sabarlah menunggu saatnya pasti tiba. kita akan melayari bahtera cinta. dipenuhi dengan redhaNya. cinta yang dipenuhi kasih sayang tak terhingga. cinta yang menghalalkan kita berdua. cinta yang membuatkan syaitan musuh kita menderita. kita biarkan sahaja dia dengan kekecewaannya di saat kita mengecapi bahagia. :D

KASIH KEKASIH by IN-TEAM



Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua

Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih
Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 

Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan

[ Kasih Kekasih lyrics found on http://lyrics.my ] 

8 comments:

  1. hehe..amboi jiwang dia petang-petang ni,,dengan sapa ye cinta dia tu? hihi

    ReplyDelete
  2. 2hati yg sedang bercinta.. Dalam diam agaknya cinta itu :)
    Dan perkahwinan menjadi matlamat dlm sesuatu perhubungan tu yg sebetulnya. Dan bercinta selepas kahwin adalah yg terbaik..
    Really like ur words above. Thank u so much

    ReplyDelete