cara-cara mengelak menjadi orang munafik - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 16, 2012

cara-cara mengelak menjadi orang munafik

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

"ciri-ciri orang munafik tu macam mana ye???" aku pernah menghantar mesej mengandungi ayat ini kepada somebody yang dah menghancur lumatkan hati aku. yes!!! sangat the rhetoric but i dont care and i don't even need the answer. i just want him to reflect himself. i am not saying he is orang munafik but he can judge himself lepas aku bagi soalan itu, boleh la dia renungkan balik perbuatannya yang telah menyakitkan setiap jiwa raga aku.

muka aku jadi macam ni je manjang kebelakangan ni :'(

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) 

  • apabila dipercayai ia khianat
  • apabila bercakap ia berdusta
  • apabila berjanji ia mungkir
  • apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
  • sumber hadis  (click)
aku pun terfikir untuk menulis cara-cara kita mengelak menjadi munafik, mengelak mempunyai ciri-ciri orang munafik, mengelak walaupun hanya satu ciri itu melekat di hati dan menjadi sebati dalam jiwa. sesungguhnya, segala ciri yang ada pada orang munafik ini hanya membawa binasa. binasa yang bisa merebak dan menjejaskan bukan hanya diri sendiri malah orang lain juga. jom lah kita sama-sama membaiki diri dan menghapuskan segala sifat munafik yang ada dalam diri ini dalam usaha menjadi Muslim dan Mukmin yang berjaya.

untuk mengelakkan mempunyai sifat munafik:

yang pertama: apabila dipercayai ia khianat. 
ada banyak situasi boleh difikirkan. situasi 1: amanah yang tidak dapat dielakkan. contoh; dalam usaha menyelamatkan seorang budak yang terlekat dalam lif and hanya kita yang diharapkan. terpaksa la kita menerima amanah tersebut. situasi 2: amanah yang dapat dielakkan. contoh;bila bos suruh ke India untuk menguruskan project kat sana tapi kita dah tahu kita akan gi sana and bercuti semata-mata. amanah yang diberikan akan lenyap dan dilupakan begitu sahaja. yang paling penting dalam bab amanah ni adalah keyakinan diri sendiri. kalau kita rasa kita boleh memegang dan menjunjung amanah yang diberi, kita boleh biarkan orang percaya pada kita. tapi kalau kita tahu kita tak leh pegang amanah, nasi emak suruh tunggu masak kita biarkan sampai dia hangit, adik emak suruh jaga kita biarkan main atas tanah berkaki ayam, sila elakkan membuat orang percaya pada kita. bagitahu terus yang kita ni memang tak boleh dipercayai dan kita tak sanggup untuk memikul amanah dan beban atas bahu kita. jangan biarkan kepercayaan membukit itu hancur lebur disebabkan sifat munafik dalam diri.

yang kedua: apabila bercakap ia berdusta
  • berdusta pulak kita bahagikan kepada dua pecahan, berdusta untuk kebaikan (harus); contohnya berdusta untuk menyambung kembali silaturrahim antara dua muslim dan berdusta yang menjadi sifat munafik; contohnya berdusta semata-mata ingin melepaskan diri daripada sebuah tanggungjawab atau akibat daripada sesuatu perbuatan. 
  • penyelesaiannya, silalah kita jangan bercakap kalau kita tahu kita akan bercakap dusta. silalah bercakap benda yang perlu dan penting sahaja. silalah bercakap benda yang tidak menyebabkan diri kita lemas dengan dosa. bercakaplah benar walaupun pahit. perkara benar yang pahit adalah lebih manis daripada perkara dusta yang manis.
yang ketiga: apabila berjanji ia mungkir
  • yang ni sangat la common dalam masyarakat kita. kita hanya tahu cakap cakap cakap, janji janji janji, bila time untuk menunaikan janji pulak kita buat-buat lupa, kita buat orang yan menagih janji macam pengemis, menagih janji yang dilontarkan untuk ditepati. aku pelik. sebenarnya berjanji ni perlu ke? apa yang penting sangat berjanji? apa yang best sangat berjanji? aku selalu rasa terbeban kalau berjanji. aku pernah dapat info yang bernazar juga tidak digalakkan sewenang-wenangnya melainkan kita rasa betul-betul mampu menunaikan nazar tersebut kerana kita mungkin menyusahkan orang lain jika kita tidak menunaikannya.
  • penyelesaiannya, elakkan berjanji. hanya berjanji bila kita rasa mampu menunaikan janji tersebut. bukankah lebih baik kita menyebut 'IN SYA ALLAH' yang bermaksud 'dengan nama ALLAH' daripada berjanji? sebutlah 'IN SYA ALLAH' kerana ia menunjukkan yang kita serahkan segala-galanya kepada ALLAH. kalau DIA benarkan, maka jadilah. kalau DIA tak benarkan maka tak jadilah. 
yang keempat: apabila bertengkar, ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)
  • yang ni hampir sama dengan sifat penipu juga tapi dia tambah element lain iaitu situasi bertengkar. orang munafik ini adalah orang yang tidak pernah mahu kalah walaupun mereka tahu mereka di pihak yang salah. mereka ego untuk mengakui kebenaran yang telah terhampar di hadapan mereka semata-mata kerana ingin nampak hebat di mata semua. bertengkar hanyalah membazirkan air liur, menghabiskan tenaga, membazir masa. lain dengan berdebat yang mempunyai prosedur dan proses khas supaya dapat diadili dengan betul. 
  • penyelesaiannya, untuk mengelakkan hal ini berlaku, elakkanlah bertengkar. bawa la berbincang. sila dengar pendapat pihak yang satu lagi. pertimbangkan dengan sebaik-baiknya point-point yang ada dalam ucapan mereka dan buatlah keputusan secara rasional dan yang terbaik yang mencipta win-win situation. elakkan keputusan yang berat sebelah kerana hal ini mendatangkan mudarat kepada sebuah pihak atau kedua-duanya.
aku tulis ni sebagai peringatan untuk diri sendiri je sebenarnya. aku nak mengelakkan diri aku ni melekat dengan sifat-sifat orang munafik and aku nak ajak readers aku sekali berfikir mengenai hal ini :D

4 comments:

  1. Assalammualaikum...jemput singgah dan jemput join

    http://aone2m.blogspot.com/2012/12/guessguessguess-segmen-by-athir.html

    ReplyDelete
  2. bahaya ni..kdg2 kita wat tnpa kite sedr

    ReplyDelete