di tangan kena ada rotan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 23, 2012

di tangan kena ada rotan

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ni hari last la aku ajar bebudak tu. aku nak nikmati the last week of the holiday for the year 2012 to the fullest. hari sabtu ni aku nak kena chow balik ipg. huhu.. time tu tak leh nak berlingkar atas katil sampai kul 12 macam biasa dah. sangat sadis. huhu.

PERENGGAN BAHAGIAN TIDAK PUAS HATI

students aku datang lewat. aku ingat dah tak datang. geram jugak. hari tu main tak datang dengan tak gitaunya. aku dah bangun pagi. siap2 awal untuk dorang. sadis sangat amat jadi cikgu tak bertauliah. mengajar pulak dengan free. memang patut la tidak dihargai. dorang ingat kita ni tak serious ke mengajar dorang. aiyooo. bernanah sungguh hati aku. aku jadi geram dengan si anak sedara. dia datang ngan pak sedara untuk belajar English language tapi si anak sedara ni lain macam sikit. mula-mula tu senyapnya tu macam malam bulan mengambang. senyap kemain lagi. tapi lately ni dia memang dah start cari pasal ngan aku weh. i am his teacher ok. dia boleh main perli-perli aku la. aku ni memang dah selalu mengaku aku sensitif. aiyoo. sadis betul rasa di ejek-ejek student sendiri. dah la malas buat tasks yang aku suruh. hari ni datang tak bawak buku. grrrr.

PERENGGAN CIKGU YANG BERFIKIRAN MATANG

bila aku fikirkan balik. aku ni tah pape pulak. nak terasa hati dengan benda yang tak perlu. benda kecik. tak pe. it is normal. biasala tu. budak kecik kot. bersunat pun belum. rambut pun tak reti sisir sendiri lagi. buat style trojan ultraman lagi. hidung pun hingus meleleh lagi. takkan aku nak buat kira jugak. baru darjah 2. haissy. cikgu aku yang aku dah buat macam-macam lagi sebelum ni mesti lagi terasa and kecik hati macam aku jugak. dorang ok je. maintain je mengajar aku macam biasa. still aku halalkan and reda je segalanya sebab aku tak nak sebab aku, masa depan dorang punah ranah pulak. lepas perasaan ibu bapa, perasaan guru la kot yang kita kena jaga sebaiknya untuk berjaya dalam hidup. bagi aku, di rumah, abah aku dan ibu aku lah ibu bapa aku. di sekolah, hanya guru yang aku ada untuk mengadu.

pengajaran 1: sila jadi guru yang garang, tegas dan ada kredibiliti. bukan untuk ditakuti tapi dihormati
pengajaran 2: tak perlu kot nak berbual and bergurau dengan dorang time kelas. nanti dorang tak tahu nak beza time untuk guran and belajar
pengajaran 3: lepas kelas nak main banyak mana pun tak pe. time ni pun still kena ada batas seorang guru dan pelajar. takkan sampai nak panggil aku kau kot.
pengajaran 4: buat tuisyen kena mintak bayaran walaupun sikit, baru reti menghargai sebab duit habis untuk belajar.

lastly, di tangan kena ada rotan.


2 comments:

  1. jadi guru mmang bnyk dugaan, coz my mom and dad pun ckgu gak.. macam2 prangai murid ni.. tpi lastly, bila dh dewasa, murid tu akan sedar jugak.. hope lah, haha... time tu, guru yang betul2 mengajar dgn berkesan akan rasa sangat dhrgai dan puas hti ngan krjanya..

    ReplyDelete
  2. hah... betul juga tu... macam pengajaran 1 tu, time kelas... ckgu kena tegas juga dengan murid2 ni walaupun tak sampai hati.. bermakna cikgu tu sayang murid dia, dia sanggup ber... tegas untuk kebaikan murid... ..itu pendapat saya saja.. ^^

    ReplyDelete