dia datang bertimpa-timpa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 24, 2012

dia datang bertimpa-timpa

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

bangun pagi tadi sebab tak tahan sangat nak membuang air kecik. nasib baik tak terkencing atas katil dah bukan macam masa kecik-kecik. time perut buncit-buncit. maybe ada kerawit. kih3

mungkin sebab minum air banyak sangat malam tadi. nasihat YUYU ZULAIKHA aku tak turuti. katanya tidak baik minum air 2 jam sebelum tidur sebab mata jadi sembap and keluar lingkaran hitam yang dibenci. tapi apa nak buat dahaga menjadi-jadi. keinginan hati terpaksa dituruti. jangan tiru sikapku ini. air kena minum 2 liter sehari. ini tak, time dahaga je air dicari. sebab tu la badan lemah kulit tak berseri. permintaan badan tidak dituruti.

tengah mengantuk masih menyelubungi. huda datang dengan info daripada umi. katanya abe hir akan bawak aku ke ketereh untuk buat ic. aku bangun dalam 9 pagi. laptop diterpa bertubi-tubi. eh, tertengok iklan promosi FELINA INCHLOSS DAN VITAMIN C. dijual senior aku di ipg. aku call terus order untuk diri sendiri. nak try dan buktikan betul ke tak yang dikatakan dalam testimoni. kalau tak betul aku saman diri sendiri. sape suruh mudah percaya pada tulisan di internet ini. tapi kalau betul aku sendiri akan buat testimoni. akan kupromote dengan sekuat hati. biar orang lain boleh rasa kebaikan yang aku rasai. jangan risau wahai pembaca blogku ini. korang tidak pernah tidak diingati.

pukul 10 baru aku bangun dari kerusi aku. biasalah time-time hujan ni semangat untuk membungkus diri dalam selimut sangat membuku. bangun je terus mencari nasi untuk perut yang satu. mahu didenda kalau tidak diisi di saat itu. hari ini nasi putih dengan gulai itik jadi santapan aku. abah bawak dari kampung aku. semalam ada majlis sikit di kampung itu. lauk semalam pun tidak menjadi masalah bagi lidah aku. disumbat apa pun ditelan macam hantu. bila aku ni nak kurus kalau begini aku punya tingkah laku.

mandi dan bersiap serba sederhana. asal menutup aurat it is okey di aku punya mata. skirt labuh, kemeja besar giler, cardigan dengan tudung sarung menjadi mangsa. but still di mata umi pakaian aku serba tak kena. tidak cantik padanya. hatinya tidak berapa suka. nak lepaskan aku dengan begitu pun macam tak berapa rela. tak pela. memang berbeza orang lama dengan orang muda. hati lain sama jugak dengan jiwa. tak pela aku terima. tapi aku tetap berharap aku dengan sifat-sifat yang lahir bersama-sama aku diterima dengan hati terbuka. tak mengapa. mungkin perkara ini tak lama. aku tidak pelik cuma terlebih istimewa.

abah buat hal pula. kata kul 11 pagi tapi 11.30 pagi lebih kurang barulah nak tunjuk muka. dia merajuk katanya. betulla orang-orang lama ni sensitive jiwanya. nasib baik beliau masih rela. rela mendrivekan kitorang ke bandar pasir puteh yang masih belum bertaraf bandaraya. tak pe. asalkan penduduknya bahagia, aman dan sentosa. maybe abah dah serik tunggu anak-anaknya macam biasa. sapa suruh kitorang sering melengah-lengahkan masa. abah dah selalu kena. kena menunggu anaknya. apalah salahnya anaknya pulak menunggu sekali sekala. beliau kan abah kita. tak de dia tak denye kita.

dengan harapan nak buat kad pengenalan baru. aku melangkah keluar dari kereta abahku. aku redah hujan yang hampir buat aku membeku. sudah nasibku. angka giliran sudah tidak boleh diambil sebab jam sudah hampir pukul 1. menandakan waktu rehat bagi pekerja di situ. buat kali kedua hancur berkecai harapanku. aku call huda adikku. disuruhnya aku berjalan ke kedai kasut bata kegemaran abahku. tak pe muja kan girl tough yang bajet tak takut hantu. apalah sangat air hujan yang membasahkan kaki dan skirtku. sesampainya di situ. mereka tiada rupa-rupanya aku yang sampai dulu. kereta sangkut dalam jem kawasan itu. ironynya bila budak yang berjalan lebih cepat sampai daripada yang naik kereta itu.

lepas dah beli kasut aku dan hana. pantai timur pula jadi tempat habiskan masa. satu plastik dah habis RM100 ++ apa nak dikata. baru barang keperluan adik aku si huda. nasib baik aku tak rasa nak beli pape. bila la barang nak turun harga. asyik naik tak kira masa. kalau gaji naik sama taraf dengan harga barang tak pela juga. kalau harga naik 10 gaji naik 5 nak buat apa. geram secara tiba-tiba. walaupun aku belum bekerja. tapi aku terasa effect yang sama. sekarang rasa bersalah time nak mintak duit ngan parents menimpa-nimpa. tak mintak karang aku yang menderita. elaun yang aku dapat berapa sen sahaja. makan untuk sebulan habislah dia. selera aku bukan macam manusia biasa. kata mz perut aku bocor memang mengada!

balik je singgah kedai roti canai dekat dah dengan rumah tercinta. abah order satu anak-anak semua order dua. tak tahu la dapat perangai dari mana. melahap je keje. berat naik ke tahap berbahaya. namun hati tak insaf-insaf juga. disumbat ke mulut roti canai seenak rasa. lepas tu nak menyesal tiada guna. dah rezeki yang dikurniakan olehNYA. kita sebagai hamba hanya menerima.

ayat cover rasa bersalah sebab makan banyak. panjangnya entri ni!!!!!! so, the end.

ps- aku tak tahu kenapa tajuk dengan isi entry macam tak kena.


18 comments:

  1. macam-macam berlaku dalam sehari kan??
    oh baru tahu yang minum air sebelum tidur mata jadi sembap and keluar lingkaran hitam...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. eh, bukan sunnah ke minum sebelum tidur ? hehe konpius jap.. emm rindunye nk g klate.. ^_^

    ReplyDelete
  3. nice blog.baru ade masa baca entry n melawat sini coz esok cuti.slalu busy je , nice entry btw.:)

    ReplyDelete
  4. panjangnye entri ko..haha..kim salam kat yuyu ye muja...hehe

    ReplyDelete
  5. @Ym.Bundle gi je blog dia cakap assalaamualaikum,, haha

    ReplyDelete
  6. lah..sama lah kita,hee..akak area mana?

    ReplyDelete
  7. baru tahu yang minum air sebelum tidur mata jadi sembap and keluar lingkaran hitam.

    ReplyDelete
  8. memang macam tak ada kena mengena dengan tajuk la.. tertunggu2 jugak punch line dia, tapi macam tak mengena.hahahaha :P

    ReplyDelete
  9. @boni kacak tak de idea nak letak tajuk la abang boni,, hehe

    ReplyDelete
  10. hahahaa...mmg lari dh entry ngn tjuk..ingtkn mslh2 lain yang dtg..tapi bab air tu..bru tau..asni xnk wat la..hehee

    ReplyDelete