jangan pisahkan aku dan dia kalau nak aku hidup bahagia aman sentosa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 03, 2012

jangan pisahkan aku dan dia kalau nak aku hidup bahagia aman sentosa

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

janganla pisahkan aku dengan dia. kitorang sama-sama suka. so apa masalah ngan deme-deme sumer. tolonglah bagi kami peluang hidup bersama-sama. menghadapi segala suka dan duka. asalkan kami bahagia aman sentosa. korang tak suka ke kitorang suka dan gembira. kenapa perlu dicaci hina sebegini rupa. apa salahnya hubungan antara dua jiwa?

janganla pisahkan aku dengan dia. dia ibarat oksigen yang aku perlukan untuk teruskan hidup untuk hari yang seterusnya. aku pula bagaikan air yang diperlukan untuk sistem perkumuhan dalam badan baginya. tanpa oksigen dan air tidak hidup lah manusia. begitulah cinta kami yang tidak sempurna. tak kisah la janji kami tetap berdua.

janganla pisahkan aku dengan dia. aku tak boleh hidup kalau dia tak de. aku rasa macam kekosongan yang teramat perit dalam dada. hanya orang yang merasa tahu rasanya macam mana. pedihnya berpisah dengan yang tercinta. seolah-olah roh diragut daripada jasad lemah seorang manusia. aku akan rindu dia giler-giler.

janganla pisahkan aku dengan dia. aku dengan dia dah kenal lama. aku sudah terbiasa dengan adanya dia. dia juga sudah biasa dengan aku di sampingnya. kami sudah biasa dengan hidup kami yang sebegini dari hari pertama kami jumpa. tak dapat kubayangkan berpisah dengannya. nescaya duniaku akan jadi gelap gelita. hidup lemah tak bermaya.

janganla pisahkan aku dengan dia. daripada berusaha melakukan benda yang pastinya tidak berjaya iaitu memisahkan kami berdua, bukankak lebih baik restukan saja. senang cerita. dapat pahala bina masjid dengan begitu sahaja. sambil tu dapat elakkan maksiat yang kami cipta secara tidak sengaja. bukankah ini lebih baik di sisi agama?

JANGAN PISAHKAN by PHYNE BALLERZ


Biar cinta terhalang gunung dan samudra
Aku tetap memegang janjiku padamu

Biar jurang yang terjauhi ada di depanku

Takkan goyang sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua

Namun mengapa ada saja

Yang benci tulus cinta kita
[Chorus]

Jangan pisahkan

Aku dan dia

Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Biar cinta diuji bak lautan gelora
Aku setia menjulang namamu di jiwaku

Kita bagai bulan dan bintang

Hatiku pasti, hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan aku dan dia

Tuhan tolonglah ku cinta dia

Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka


Jangan pisahkan aku dan dia

Tuhan tolonglah ku cinta dia

Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Jangan pisahkan aku dan dia

Tuhan tolonglah ku cinta dia

Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka


ps- sekadar rekaan semata-mata. ada tak orang yang terasa? haha!!!

2 comments:

  1. Laaa rekaan rupanya,mai punyalah baca dengan penuh emosi.haha

    ReplyDelete
  2. @CikMai mai penuh emosi la memang dah musim bunga di hati mai,, hehe

    ReplyDelete