kalau nak selamat di akhirat - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 18, 2012

kalau nak selamat di akhirat

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

pagi ni, umi aku tetiba sakit dalam dada. then dia gi Klinik Kesihatan Selising sebab walaupun dia doctor she just can't use the ECG on herself. aku risau giler. nak online memang tak la. lama gak la aku tunggu kat kaunter klinik. aku nak tanya cepat-cepat resultnya. alhamdulillah. umi tak de pape. hari tu pun terjadi benda sama. sakit dalam dada tapi everything is normal. it is so weird. betapa kesihatan dan kematian itu misteri.

tiba-tiba aku jadi teringat tentang kematian. lagipun ada dalam draft entry bertajuk kalau nak selamat di akhirat. so aku delete gambar yang dah tak leh nak view tu (selalunya gambar yang dicopy kat facebook tak leh nak view kalau dah lama, dia jadi invalid. tak tahu kenapa). aku berfikir sejenak tentang strategi-strategi untuk selamat di akhirat. aku rasa yang kat bawah ni boleh kot membantu kita. sekadar memperingatkan kita benda-benda yang kita dah belajar time sekolah rendah dulu tapi aku percaya ramai yang dah terlupa secara tidak sengaja.

jalankan semua 5 Rukun Islam

  • mengucap dua kalimah shahadah
  • solat 5 waktu sehari semalam
  • berpuasa di bulan Ramadhan
  • mengeluarkan zakat
  • menunaikan haji di Mekah al Mukarrah jika mampu

mempercayai semua 6 Rukun Iman

  • percaya kepada Allah SWT
  • percaya kepada Rasul
  • percaya kepada Malaikat
  • percaya kepada Kitab
  • percaya kepada hari Qiamat
  • percaya kepada Qada dan Qadar

hapuskan sifat-sifat mazmumah (buruk) dalam diri. antaranya:

  • riak
  • ujub
  • takbur
  • bangga diri
  • ego
  • pemarah
  • pendendam
  • bakhil
  • tamak
  • baran
mempunyai sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam diri.antaranya:

  • takutkan ALLAH SWT
  • hikmah atau bijaksana
  • rajin dan ringan tulang
  • rasional atau munasabah
  • bercakap benar dan menegakkan kebenaran
  • prihatin dan mengambil berat
  • berketerampilan dan kemas

mengikuti sunnah Rasulullah SAW

  • senyum sebagai sedekah
  • sentiasa dahulukan yang kanan dalam melakukan sesuatu
  • memakai cincin di jari tangan kanan
  • menbersihkan jadi dari makanan (jilat) selepas makan
  • tidak bernafas dalam air minuman
  • berjalan dengan tegak seperti menuruni tanah landai
  • mengulangi perkataan yang penting sebanyak 3 kali supaya lebih difahami
  • membaca al Quran
  • beribadah wajib dan sunat
kalau nak selamat kat akhirat,, amalkan benda ni,, insya ALLAH :D

 Banner

6 comments: