kefardhuan selepas kefardhuan solat - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 01, 2012

kefardhuan selepas kefardhuan solat

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

kita orang Islam hidup ada panduan
ada yang dilarang ada yang boleh dilakukan
maka berpeganglah kita kepada ajaran
insya ALLAH hidup jadi aman

dua jenis kefarduan Islam yang syumul ini
fardhu ain dan fardhu kifayah penting sekali
fardhu ain wajib ke atas setiap Islam punya ahli
fardhu kifayah oleh orang yang mewakili

bukan solat sahaja fardhu dalam hidup ini
banyak lagi benda lain tanpa kita sedari
menuntut ilmu juga fardhu setiap insani
jadi masih ada alasan untuk menghindari?

rukun Islam wajib dituruti setiap insan
selepas solat ada puasa di bulan Ramadhan
jadi puasa juga satu kefardhuan
adakah lagi yang masih tak ketahuan?

setelah berpuasa sudah dipenuhi olehmu
ada pulak kefardhuan zakat bagi yang mampu
janganlah kerana harta kita menipu
ada hak orang lain dalam harta itu

setelah zakat mampu diberi
menyimpanlah untuk menunaikan haji
keimanan dan ketakwaan hendaklah diuji
barulah diri orang Islam sejati

 Banner

1 comment:

  1. bila rezeki yang haram masuk dalam darah, semua yang kita buat tidak akan diberkati... minta simpang lah benda ni

    ReplyDelete