makanan kegemaran Rasulullah yang akan buat korang happy :D - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 22, 2012

makanan kegemaran Rasulullah yang akan buat korang happy :D


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

sadis betul la semenjak dua menjak ni. blogging pun rasa macam tawar. go back to facebook. bila aku facebooking kat newsfeed tadi aku jumpa yang kat bawah ni.

Soalan: Admin, betul ke minum ais boleh menyebabkan buncit?

Jawapan: Bagi admin itu adalah mitos. Perut buncit disebabkan kita malas nak bersenam.


Minum minuman sejuk atau berais bagus sebenarnya. Kenapa ia bagus? Kerana ia dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam diri kita.

Bagaimana ia dapat meningkatkan kadar metabolisma?

Ok, suhu dalam badan kita mestilah dikekalkan kepada 37 darjah celcius.

Jika sesuatu minuman yang suhunya yang rendah masuk kedalam perut, badan akan meningkatkan metabolisma melalui pembakaran kalori supaya minuman tadi mencapai suhu sama seperti suhu badan.



rupa-rupanya, semua tentang keburukan ais itu adalah mitos semata. aku baca yang kat atas tu, aku teringat dua perkara.

pertama:
ada satu ketika tu aku gitau mz yang aku suka sangat amat makan ais krim. aku pun salu la bahan beli ais krim kat koop ipg tu. almost everyday. mahu tak pokai??? mz pun cakap, wah aku ikut sunnah Rasulullah. aku pun pelik la. apa kaitannya sunnah Rasulullah dengan aku suka aiskrim? mz my beloved best friend pun bagitau yang Rasulullah suka makanan sejuk macam aiskrim.

kedua:
family aku sangat addicted dengan ais especially my mom. dia sanggup suruh kitorang tapau ais kalau kitorang makan kat kedai. dia boleh bahan gigit gigit ais sampai gigi sengal. aduss. pelik tapi benar. dia cakap gigit ais ni is some kind of satisfactory and buat dia lupa untuk makan banyak. adess. bagus la umi. at least, water is the only thing that has 0 calory.

tapi ingat, buat la apa pun, baik la setakat mana pun sesuatu itu, sentiasa ada had untuk kita lakukan. :D

4 comments:

  1. silap.... mana ada Rasulullah makan ais krim....makan bende manis ye... awak jgn salah tafsir ye.... bahaya....

    ReplyDelete
  2. @Hafifi Borhan El Said aik,, yang tertulis kat atas makanan sejuk,, macam ais krim,,, wallahu a'lam

    ReplyDelete