perkataan paling berpengaruh bagi manusia - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, December 16, 2012

perkataan paling berpengaruh bagi manusia

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

hari ni aku nak cakap tentang the most influential words bukan berdasarkan kajian dengan orang lain tapi dari pengalaman aku sebagai manusia sendiri. maksudnya perkataan ini paling berpengaruh la dalam hidup aku. aku rasa ada jugak perkataan kat bawah ni yang affect you too kn? :D

LOVE
perkataan ni memang sangat berpengaruh. walaupun konsep love sangat luas, tapi love biasanya menggambarkan perhubungan antara 2 jantina yang halal kawin. tak betul ek? pengalaman aku,walaupun aku pernah membenci seseorang dengan sepenuh hati, aku akan automatically melt when that somebody says that he or she loves me. tambah-tambah kalau personal pronoun bagi orang tu He. effect dia lebih ketara. dari benci jadi sayang, terigau-igau, termimpi-mimpi, yang paling teruk bila terobsesi. memang dalam banyak-banyak perkataan, perkataan ni la yang paling berpengaruh.

boboi: i love you la sayang. you are my sweet cute English muffeen. i love you so much. Mish u a lot. i just can't live without my muffeen. :D
gegirl: muffeen? kalau eja muffin pun muffeen, love tu tak tau la boboi tahu ke tak maksudnya. whatever.

BABY 
(SILA PRONOUCE MENGIKUT EJAAN BAHASA MELAYU)

perkataan ni memang sangat berpengaruh. padahal dia hanyalah seekor makhluk ciptaan ALLAH yang berstatus najis mughallazah bagi orang Islam. dia tak salah sebenarnya tapi manusia telah gunakan dia untuk menggambarkan kebencian. kecian kan? kalau la dia tahu yang dia ni berpengaruh in a sense yang tidak baik. kalau time syaitanirrajim dok hasut tu, cepat je perkataan ini  nak terkeluar kat mulut. kalau tak kat mulut dalam hati mesti tersebut juga. betapa imanku masih lemah dan betapa aku mudah terpengaruh.

A: baby la mung ni!!!! mung tahu dok mung tu baby???
B: so mung gewe ngan baby la selama ni???
baby: kenapa aku yang disalahkan?????!!!!! baby!!!!

DUIT
perkataan ini memang sangat berpengaruh. nampak je ayat yang bermaksud aku boleh dapat duit, automatically aku akan cepat-cepat click link ke hape ke. yes. tambah-tambah bila makin besar ni aku jadi malu nak mintak duit dengan umi. kadang-kadang aku boleh agak dorang pun macam dah tak rasa perlu untuk bagi duit kat aku. tapi aku mintak jugak. mereka kasi jugak :D

Nama link: click dan dapatkan 38K dalam setahun!!!
A: (click secepatnya) cess!!!! iklan SAYS.MY!!!! bongok!!!

FREE
perkataan ini memang sangat berpengaruh. tengok je perkataan free, cepat-cepat view. cepat-cepat buat entry. cepat-cepat join itu join ini. tambah-tambah kalau benda free tu gadgets. time tu nafsu untuk buat segala hal demi mendapatkan barangan free tetiba jadi membuak-buak. padahal tak pernah berniat or berangan pun nak satu-satu benda tu. berpengaruh tak perkataan ni dalam hidup korang?

terjeling, 1 FREE GALAXY NOTE 11 FOR ALL!!! rush for it now!!! :D, click, 3 juta peserta, ces!!!

SALE @ DISCOUNT
perkataan ini memang sangat amat berpengaruh. kalau bagi perempuan pengaruh dia macam lebih sikit berbanding dengan terhadap lelaki. bayangkan, perempuan pergi mall dengan niat nak window shopping, siap bawa duit ngam-ngam buat bayar tambang teksi, makan and minum kat Mcd. alih-alih terserempak dengan perkataan sale@discount ni. confirm! tidak syak lagi, diambilnya kad atm, dicucuk masuk machine keluar la duit. then balik rumah menyesal sebab beli benda yang memang dah banyk ada kat rumah.


  • 10 Januari,  tengok kasut, RM 30, mahal, tak nak beli
  • 10 Disember, tengok kasut, Discount 70 % dari R100 menjadi RM 30 sahaja!!! leyla!!! leyla!!!!, murah, beli. ces!!!


PUTUS
perkataan ini memang sangat berpengaruh. daripada kawan boleh jadi musuh. daripada cinta boleh jadi benci.

gegel: kita putus!!!
boboi: ok
kan lebih baik macam ni daripada gantung tak bertali.

sebenarnya banyak lagi perkataan berpengaruh dalam kehidupan kita ni, tapi aku list banyak ni jela dulu. tak larat la nak menaip.

ps- cer susun ikut order yang mana paling berpengaruh yang mana paling tak berpengaruh. aku nak tengok. jangan lupa bagitau kalau ada lain perkataan yang berpengaruh ye. see you :D





6 comments: