rindu - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 01, 2012

rindu

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

setelah cukup seminggu untuk minggu lepas aku buat tuition class for my students, rasa rindu pulak dengan dorang time cuti-cuti ni. kalau bukan rindu dorang pun rindu untuk mengajar dorang. kalau bukan rindu dorang pun rindu untuk bercakap dengan dorang. aku rasa aku dah jatuh sayang. jatuh sayang dengan dorang. dorang yang aku sayang. ahhh!!! aku memang penyayang!!! :D

setelah masuk tiga hari mogok dengan sahabat sejati. rindu menyerang bertubi-tubi. namun aku tetap cekalkan hati. aku mahu dia sedar diri. aku tidak mahu dia mungkir janji lagi. mungkir janji itu orang munafik punya ciri. janganlah ada dalam diri setiap insani. termasuk engkau, mereka, dia dan diri sendiri. takut kelak memakan diri. yang tak sanggup ke neraka untuk dihukumi.

hari ni masuk hari ke 7 si dia pergi ke melaka. ada program yang aku macam tak tau sangat apa kebenda. huh, kedua-dua orang penting di sisiku tiada. bosan betul hidup ini tanpa mereka. tak pela dah nasib nak buat macam mana. aku hanya boleh redha sahaja. dah memang macam ni hidup aku apalagi aku nak kata. laptopkan ada peneman bicara. lagi best laptop tak buat hatiku luka.

tahun ni masuk tahun ketujuk nenda meninggalkan aku. time dia meninggal tiada di sisinya aku. aku sedang di sekolah terpekik terlolong macam hantu. betapa berdosanya aku. rasa tak leh dimaafkan diriku. nenda sangat menyayangi diri ini aku tahu. tapi aku??? sejak konon dah besar melupakan segala jasanya padaku. kini dia sudah tiada aku jadi kaku. oh nenda!!! aku rindu padamu!!!

6 comments: