tak pe,, boleh tutup lampu,, haha - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, December 21, 2012

tak pe,, boleh tutup lampu,, haha

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

hari ni bangun dengan teramat lewatnya. biasalah jumaat akhir-akhir  cuti ni rasa macam nak menikmati bangun lewat dengan selewat-lewatnya. bangun kul 11.30 pagi nasib baik tak masuk fasa tengah hari. kalau tak boleh menjunam jatuh saham anak dara sorang ni. ni pun dah tak tahu berapa dah jatuh. kih2

bangun je terus capai nasi bungkus atas meja yang abah beli macam biasa. perut berkeroncong mintak diisi dengan segera. dibuka pembungkus dengan kegelojohan yang nyata. sambil tengok Adnan Semp-It di Astro Citra. bila tengok cerita box office yang watak heroinnya nama Nadia, aku terus jatuh kesian pada Adnan yang suka padanya. salah ke kalau seseorang itu hanya mampu membeli motosikal dan bukannya kereta? pak haji yang gi masjid dengan motor tu pun mat rempit juga ke? kata Adnan pada Nadia.

Saheizy Sam memang hebat tak boleh disangkal lagi. watak jahat, baik, lawak, sadis, psycho, jiwang, gangster, dia bawa dengan senang sekali. macam makan kuaci. macam bukak kulit kacang depan tv. semua dilakonkan dengan baik sekali. bakat yang jarang-jarang dijumpai. bukan semua orang ada bakat semulajadi. nasib baik dia punya bakat itu dalam diri. aku suka sangat dengan Saheizy. walaupun pendek sedikit tidak mengapa still handsome lagi. macho yang tidak dapat ditandingi.

Nadia dilakonkan oleh Intan Ladyana. aku pernah benci dia dalam drama Jelatang di suatu ketika. sekarang aku sudah jatuh cinta. jatuh cinta pada kecomelan dan bakat lakonannnya. tidak la kaku kejung macam air batu di awal kemunculannya. tahniah Intan Ladyana. awak memang berusaha keras untuk jadi awak yang semasa. kecomelan awak tiada bandingan lagi di mata. even Lisa Surihani pun kalah juga.


" Carilah calon suami atau isteri yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel tak pe.. boleh tutup lampu "
Ustaz Azhar Idrus


tetiba aku teringat kata-kata UAI macam yang kat atas. tentang ketidakpentingan comel. comel itu penting hanya jika kita ada mata dan cahaya untuk melihat, tapi comel dihati dapat dilihat walaupun orang itu buta selama-lamanya. eceyyyy. tapi itulah hakikatnya. korang rasa ada kaitan tak dengan cerita Adnan Semp-It? rasa macam ada je kan. yela, Adnan digambarkan mat rempit yang tak hensem tapi jiwang mengalahkan Awie dalam Sembilu.

ps- walaubagaimanapun, wanita tetap meroyan nak jadi comel macam artis K-pop walaupun sah-sah dah dorang tu comel buatan plastic surgery semata.


5 comments: